New life, new experience

12:14 PM Faz.M 0 Comments

Assalamualaikum....
Apa khabar semua. Hari isnin. Hari baru di minggu baru. Last weekend memang sangat best sebab dapat jumpa ramai sedara mara dan sepupu tersayang. Adat orang jauh di selatan la tu kan. Hmm, rasa rindu pulak dengan semua suasana tu. Tapi, nak buat macam mana. Dah memang di selatan la tempat kami teruskan hidup. Takpe, jauh di mata dekat di hati kan? 

Insyaallah, hari ni saya start kerja semula. Bekerja dengan orang. Dah berapa bulan ni saya bekerja sendiri saja. Tapi, hari ni Alhamdulillah saya akan mula bekerja. Sambil-sambil tu tetap jugak teruskan kerja-kerja di rumah selagi masih menerima tempahan. Lepas ni memang la nak kena manage masa tu betul-betul. Dah tak boleh dok melepak sambil layan mata mengantuk dan terus tertidur..huhu

Harap-harap semuanya berjalan lancar dan saya sendiri dapat bertahan lama sebelum dapat kerja yang lebih baik. Insyaallah. Banyak-banyak doa semoga Allah permudahkan semua urusan. Ameen. So, masih dalam mood raya kan? Pada saya raya paling best bila dapat jumpa sedara mara. Adat orang jauh macam saya ni lagi seronok bila dorang pun tersenyum lebar bila jumpa kami orang jauh. :)

ok, ritu dah janji nak share gambar baju tempahan yang saya buat kan? So, pada siapa yang berminat nak tempah boleh terus pergi ke Facebook saya ataupun hantar emel ye. Tekan aje box contact dekat bahagian atas ni. :)

Kurung pahang lengan cuff

Simple jubah

Kurung moden+beading

Kurung moden pattern

Kurung moden pattern
baju  & lengan 2 layer

Kurung moden kain duyung

Beading

Kurung moden+beading

Kurung moden lengan 2 layer+kain duyung

Next entry nak share pasal veil yang saya buat pulak..tunggu tau..
Thanks sudi jengah... :)


0 orang bagi komen: