Cerpen: Sahabat Sejati

9:01 PM Faz.M 0 Comments


Rita masih galak bercerita kepada Alin. Entah apa yang melucukan hatinya ketawa sehingga mengalirkan air mata. Tiba-tiba Rita terperasan akan sesuatu. Alin. Gadis itu seolah-olah tidak berada disampingnya. Yang ada cuma jasadnya sahaja.

"Alin, kau dengar tak cerita aku ni?" Rita mengawang-awangkan tangannya di hadapan muka Alin. Gadis itu lantas tersentak.

"Ha, kenapa? Sorry, aku khayal sekejap. Kau cakap pasal apa tadi?" Alin bertanya sambil menghirup fresh orange di dalam gelas panjang dihadapannya. Umpama menutup rasa bersalah kerana tidak mempedulikan Rita sebentar tadi.

"Aku bukannya kaset yang boleh rewind balik. Ah, malas la aku nak ulang cerita. Sekarang ni, kau pulak cerita dekat aku. Kau kenapa? Dari tadi macam ada yang tak kena aje aku tengok. Dah la kita ni sebulan sekali nak jumpa pun susah. Kau boleh pulak berangan entah ke mana. Ce citer dekat aku sekarang jugak!"

Meletus juga tawa Alin mendengar kata-kata Rita yang berbaur arahan itu. Dia cuba mengukir senyuman segaris. Tapi, tiada kemanisan di situ. Tawar dan hambar sahaja. Membuatkan Rita semakin tertanya-tanya.

"Aku teringatkan 'seseorang'." Sebaris ayat itu mampu membuatkan Rita tersengih lebar. 

"Seseorang? Ehm, menarik. Siapa?" Soal Rita separuh mendesak.

"Owh, please Rita. For your information 'seseorang' yang aku maksudkan is definitely not a guy. So, tolong padamkan teori pelik-pelik dekat fikiran kau sekarang ya." Alin menayang muka bosan. Ke situ pula fikiran ibu beranak satu itu.

Rita tergelak-gelak. Lucu melihat wajah stress Alin. 

"Habis tu takkan perempuan pulak? Bukan main runsing lagi aku tengok muka kau tu. Kongsi la dengan aku. Mana tahu aku boleh tolong." Ujar Rita bernada prihatin terhadap Alin.

"Entah, tiba-tiba aku rasa kecewa. Aku dah cuba tak nak fikir. I mean, aku cuba fikir positif. Semua yang jadi ni mesti la bersebabkan?" Alin bersandar selesa di kerusi kedai makan ketika itu. Fikirannya menerawang lagi.

"Chop, chop! Apa panajng benar mukadimah kau ni. Tadi, kau cakap pasal seseorang. Lepas tu frust  pulak. Ish, tak faham la aku.. Ini pasal cinta ke bukan?" Terus terang Rita menutur kata.

Alin menarik nafas dan di hela dengan perlahan. 

"Rita, aku anggap kau sahabat aku. Suka kau, sukalah aku. Duka kau dukalah aku. Aku bersyukur sebab Allah temukan kita berdua sebagai seorang sahabat. Kau berkongsi segala suka duka kau dengan aku. Walaupun kau tak selalu ada dengan aku, aku tak pernah kisah pasal tu asalkan kau sanggup berkongsi segala cerita dengan aku. Itu dah memadai. Itu dah cukup buat aku rasa dihargai sebagai title seorang sahabat."

Alin menundukkan wajah tanda sudah habis meluah. Rita cuba mengawal emosi. Di gapai tangan Alin yang berada di atas meja dan diusap lembut.

"Kau buat aku sedih. Maafkan aku sebab tak selalu ada dengan kau. Aku tak kisah siapa pun yang kau maksudkan walaupun seseorang itu adalah aku. Aku sedar, kadang-kadang aku ni selfish sebab selalu aje cerita macam-macam dengan kau. Tapi, kau tak pulak cerita apa-apa dengan aku. I thought you are ok. That's why aku tak pernah beria nak bertanya. One more thing, aku pun tahu kau tak suka di paksa." Air jernih yang wujud di tubir mata Rita diseka  dengan hujung jari.

"Ish, kau janganlah emo. Aku cuma rasa nak bercakap aje. Sudah semestinya orang tu bukan kau. Sudah la. Ini yang aku malas nak cerita apa-apa ni. Baik kau berhenti menangis sekarang. Karang payah aku nak menjawab dengan si Khalif tu." 

Rita mula tersenyum kembali. 

"Kau la. Tiba-tiba je buat cerita sedih macam ni. Aku sayang kau Alin. Walau aku dah bercucu sekali pun, aku harap kita akan terus jadi sahabat. Kalau boleh biar ikatan kita ni kekal sampai ke syurga. Itulah doa yang aku panjatkan pada Allah tiap-tiap hari." Rita rasa macam nak pergi terus ke tempat Alin. Ingin di dakapnya tubuh sahabatnya itu. Tapi, memandangkan mereka berada di tempat awam, terpaksalah dia membatalkan hasratnya itu.

"Sebenarnya, bila benda ni jadi pada aku, buat aku terfikir sesuatu. Biar beribu pun sahabat yang kita ada. Hanya Allah yang akan sentiasa ada bersama dengan kita. Tak kira susah dan senang. Allah tu sentiasa mendengar, sentiasa bersama kita, sentiasa dekat di hati. Allahuakbar. Betapa cinta pada Allah terlalu manis Rita. Walau macam mana pun, aku tetap doakan kebahagiaan semua kawan-kawan aku. Biarpun jauh. Hanya doa menjadi penyambung ikatan aku dengan mereka." Rita menganggukkan kepalanya tanda bersetuju dengan pendapat Alin itu. Lupa terus tentang 'seseorang' yang dirujuk oleh Alin sedari tadi.

"Betul tu Alin. Semua yang kita ada dekat dunia pun pinjaman semata-mata. Sampai masa kita akan kembali kepada yang lebih berhak iaitu Pencipta kita, Allah SWT. Itulah yang sebenar-benarnya. Cuma kita ni kadang-kadang terlupa tentang hakikat tu. Hakikat bahawa Allah adalah perancang terbaik." Kata-kata Rita berhenti di situ apabila telefon bimbitnya berdering. Bagai dapat menebak bahawa Khalif yang berada di talian.

"Ehm, si Maira tu dah bangun pulak. Bapak dia dah bingung tak tahu nak buat apa sebab si Maira menangis tak henti-henti. Nampaknya, kena balik la kita ni ye." Alin tersenyum cuma. Memahami tanggungjawab sahabatnya yang sudah berumahtangga itu. Selesai membayar bil mereka berdua mengatur langkah untuk pulang ke rumah.

No matter what happen, just smile because Allah is always with us. Every second, every minute, everyday in our entire life. Alhamdulillah... :)

Embedded image permalink

0 orang bagi komen: