Bersangka Baiklah...

11:52 PM Faz.M 0 Comments


Assalamualaikum...
Cuba mencuri masa untuk menulis di saat kesibukan melanda diri. Sibuk bermaksud rezeki. Alhamdulillah, syukur. Saya pasti setiap orang daripada kita sudah menetapkan apa yang kita mahu jadi sedari kecil lagi. Kecik-kecik dulu saya berangan nak jadi cikgu. Saya rasa mostly budak-budak akan cakap itu dulu sebagai cita-cita mereka sebab most of the time mereka bersama seorang guru.

Lepas tu masuk sekolah rendah saya mula nampak minat saya tu lebih ke arah mana. Ingat lagi ada satu buku tu saya lukis gambar baju siap kalerkan lagi. Influenced baju masa tu banyak pada baju artis yang saya minat. Siapa lagi kalau bukan Dato' Siti Nurhaliza. Masa tu la decide nak jadi fashion designer like Michael Ong sebab dia design baju untuk Siti.

Masuk sekolah menengah pernah catat dalam biodata nak jadi penyanyi pulak. Toksah cerita banyak pasal tu la. Minat mendalam dalam fesyen buat saya nak sambung study dalam bidang ni. Tapi, lepas SPM takde rezeki lagi nak sambung dalam course tu sampai la dah menempuh macam-macam ujian, umur 19 baru dapat sambung apa yang saya nak. Bila dah study barulah tahu, minat saja tak cukup untuk kita jadi designer yang terkenal. Dengan segala kesukaran untuk mendapat kerja ikut kelayakan yang saya ada. Macam-macam. Sampailah sekarang ni minat nak mengajar pulak. Tak kisah walaupun mengajar budak kecik comel bermacam kerenah.

Tengoklah. Macam-macam yang saya nak dalam hidup. Tapi, kena ingat, tak semua yang kita inginkan dalam hidup kita akan dapat walaupun orang kata selagi berusaha kita akan dapat capai apa yang kita nak. Betul. But, Allah jualah yang maha penentu segalanya.

Saya sedang tunggu jawapan untuk jadi guru tadika. Saya dah menempuh temuduga. Saya fikir saya minat dan mahu jadikan guru sebagai kerjaya. Jika saya tak dapat apa yang saya nak, saya terima kerana mungkin ianya bukan yang terbaik untuk saya. Saya pasti Allah akan berikan saya yang lebih baik dari itu.

Walaupun perjalanan hidup saya mendatar dan lambat tak seperti rakan yang lain. Tapi, saya bersyukur kerana sekurang-kurangnya jalan yang saya sedang lalui ini semakin menyinar kerana Allah sedang permudahkan setiap langkah kaki saya. Saya bersyukur. Saya hanya mahu tenang lalui setiap jalan yang Allah tunjukkan kepada saya. Yang saya pasti kehidupan saya lebih baik daripada tahun lepas. Maksudnya ada peningkatan. Alhamdulillah. Allah akan beri ganjaran bagi orang-orang yang bersabar.

So, kenapa saya bercerita panjang lebar ni ye? Lepas apa yang jadi pada saya dalam masa 2 tahun ni ia betul-betul buat saya sedar tentang 3 perkara. 

1) Rezeki : Rezeki itu bukan duit. Rezeki itu adalah segala nikmat kehidupan yang Allah beri dalam hidup kita.

2) Bersangka baik: Means, kita kena positif. Positif dengan semua perkara yang jadi di sekeliling kita. Bersangka baik pada Allah terutamanya dan bersangka baiklah pada orang lain. Tak semestinya orang tu tak tegur kita, dia tu sombong dan tak mahu berkawan dengan kita. Dan tak semestinya apa yang kita baca dan lihat dari luaran itu benar belaka. Be positive. Penting!

3) Percaya: Percayalah kepada qada dan qadar Allah kerana itu yang terdapat dalam rukun iman. Percaya dengan Allah kerana Allah tahu apa yang terbaik buat diri kita. 

Semua ni buat saya lebih faham tentang pentingnya 3 elemen ni dalam diri kita. Ia dapat bantu saya build up my confidence back. Ya, keyakinan diri saya makin berkurangan sebelum ni. Tapi, saya yakin Allah selalu ada dengan saya, selalu dengar keluh kesah saya, selalu membantu saya di kala susah dan senang.

Ingat surah al-Fatihah ayat 5?

 "Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan."

Kita lemah. Hamba yang lemah. Kerana itu kita perlukan Allah dalam kehidupan kita. Kerana itulah kita harus bersangka baik padaNya.

p/s: Saat nak menulis tentang topik ni, perasan yang ia ada kaitan dengan entri baru Farah Lee dan Fatin Liyana. BERSYUKURLAH.... :)

0 orang bagi komen: