Menggamit Rindu

6:52 PM Faz.M 1 Comments

Labbaik Allahumma Labbaik
Labbaika la syarika laka labbaik
Inna al hamda wa an ni’mata laka wa al mulka la syarika laka

Untuk sekian kalinya lafaz talbiah itu kedengaran dari kaca televisyen
Bibirku menuruti setiap bait lafaznya
Serta merta membuatkan aku terkenang
Jauh membawa hati dan fikiran ke bumi Mekah
Rasa itu datang lagi untuk kali ini
Rindu
Sungguh
Sangat rindu

Aku tidak mahu lupa setiap saat kenangan di sana
Setiap hari aku 'mesti' fikirkan tentangnya
Aku bimbang 
Aku terlupa
Dan akan lupa

Andai masa itu benar bisa di undur
Akan aku benar-benar menghargai hari-hari aku di sana
Akan aku mengisi masa-masa aku di rumah agungNya

Tapi,
Mana mungkin akan aku undurkan waktu
Putarkan masa
ke detik dan saat

Hanya doa yang aku panjatkan
Moga di beri kesempatan
Menjadi tetamuNya sekali lagi
Dalam hidup ini

Izinkan aku Ya Allah
Permudahkan jalanku untuk ke sana sekali lagi Ya Allah
Ke Tanah SuciMu yang aku rindu-rindukan...
Insyaallah..ameen..

Musim haji, musim menggamit rindu ke Tanah SuciMu...

1 orang bagi komen:

umi Hamraa said...

Moga dapat peluang ke Tanah Suci juga, Allahumma Ameen :)