#Pengalaman: Temuduga KEMAS

11:15 AM Faz.M 1 Comments


Assalamualaikum....
Tidak ku duga tidak ku menyangka. Huhu. Intro nak gempak. Ok, please be serious! Pada siapa yang apply untuk jawatan kosong pendidikan awal kanak-kanak september lepas mesti tau yang dorang dah pun di interview. Seriously, tak sangka pun saya akan dapat pergi ke temuduga tu sebab rasa macam borang tu tak lengkap pun ada. Tu la yang dikatakan rezeki dari Allah. Alhamdulillah...

So, this is my first time pergi interview untuk menjadi ahli gomen. Eheh. Ingat tak entri saya pasti ahli gomen ni? Saya dapat surat Isnin lepas 8/10. Tetiba tengok surat, omangai. Interview dia 9/10 which means esok harinya. Kenapa la cepat sangat dia bagi surat tu ye. :p

Interview dibuat di Sekolah Menengah Sains Batu Pahat. Sekolah baru ni. Bulan Jun lepas baru dia bukak. Pukul 8.00 pagi dah kena ada dekat sana. Baca punya baca surat tu kena ada ujian kecergasan. Sila la bersiap sedia untuk berlari sebanyak 2.4km. Apa? Ok, ini bukan gurauan ye. Sesiapa yang nak jadi ahli gomen lepas ni memang takkan terlepas dari ujian kecergasan ni. Lepas dah penat berlari tu terus siap sedia untuk di temuduga dengan baju sukan jugak.

Saya gerak dalam 6.40 am dari rumah. Sampai sana dalam 7.50 am. terus pergi kantin dan tegurlah dua orang calon yang ada dekat situ. Lepas borak-borak dan tanya punya tanya pengalaman dorang di interview pergi pulak ke dewan. Beratur sepanjangnya untuk register.

Beratur jangan tak beratur..huhu
Ada dua orang calon lelaki di antara beratus calon wanita..

Lepas register kena tunggu turn untuk berlari pulak. Jenuh kau nak berlari 5 kali round padang sekolah tu. Bila sampai turn saya berlari baru tahu betapa penat dan betapa besarnya padang sekolah tu. Baru round pertama dah semput tak hengat dunia. Maklum la saya ni bukan atlit plus sangat malas bersenam. Ehem2. Saya dengan tak malunya mengaku tak habis pun 5 round. Saya sempat lari 4 round je pastu wisel pun berbunyi.

Selesai je berlari terus pergi ke tempat untuk di temuduga. Masa tu jam pukul 10.30 pagi rasanya. Dah penat berlari saya kena mendaki tangga ke tingkat tiga pulak. Amboi, tak nak lenguh pulak kaki ni. Tunggu punya tunggu pukul 3.00 petang baru saya di temuduga.


Kami di interview lima orang sekali dalam satu bilik dengan 2 orang panel. Soalan dia tak nak susah pulak kan. Saya pun tak berapa nak prepare jugak. Antara soalan yang di tanya...

1) Perkenalkan diri
2) Apa itu Tabika, apa itu Taska
3) Apakah dasar-dasar baru yang ada di Malaysia sekarang?
4) Sila lakonkan atau menyanyi  cara mengajar kanak-kanak
5) Antara tabika dan taska prefer yang mana?

Ehm, rasanya tu jela kot yang dia tanya. Masa dalam ni saya rasa macam saya takde dekat situ pun ada sebab calon-calon yang lain hebat-hebat belaka. Macam-macam huraian yang dorang bagi. Saya dah takde idea dah masa tu. Nak hentam pun tak boleh. Tak best la interview ramai-ramai macam tu. Terus hilang idea saya nak menghentam. Heheh.

Habis je interview boleh terus balik. Saya rasa peluang untuk dapat memang tersangatlah tipis. Tapi, takpe la. At least, saya dah mencuba dan merasa sendiri macam mana interview sebagai ahli gomen. Ingat senang. Susah tau. Kalau ada rezki saya Alhamdulillah saya bersyukur. Kalau tak, takpe la. Saya akan tetap teruskan hidup dan berusaha untuk cari pendapatan ke haluan yang lain pula. Bukan ke bumi Allah ni luas? :)

p/s: Thanks a lot to my sis sebab tolong bawak dan teman saya ke tempat interview n push saya kat tepi padang untuk terus berlari. Huhu. Thanks pada mak jugak sebab sanggup tunggu dari pagi sampai petang. :)


1 orang bagi komen:

Puan Eka said...

fazreen..
hehehe

eka dulu pun penah interbiu kemas,lepas dua2 stage,lepas tu kena lapor diri dah..

tapi eka tak gi,sebab masa tu dapat keje lain kat jab perangkaan..

memang susah interview dia,

mula2 kena ujian bertulis,
cek tinggi,berat suma.
lepas stage tu tggu dua minggu,kemudian interview pulak dengan pihak kemas kat ipoh.

masa dulu kita masuk sorang2 dalam tu.dia tanya pasal jabatan,pastu pasal macam2..

dan paling best,kena nyanyi lagu kanak2..hehehe

eh,jawatan ni kontrak kan? sebab kawan eka,dia ada degree,tapi mintak gak jawatan ni,dah keje dah pun kat tadika kemas org asli tapah...