Maal Hijrah 1434H

6:13 PM Faz.M 1 Comments

Assalamualaikum...
Arghhh..sangat rindu untuk menulis dan baca entri kawan-kawan yang lain. Kekangan waktu yang menyebabkan takde masa nak menulis selalu. Yela, dulu kerja depan komputer, boleh curi-curi menulis. Sekarang keje dengan mesin jahit, kalau dok mengadap tenet gamaknye tak siap la keje saya. Huhu.

Alhamdulillah, syukur pada Allah sebab saya masih di beri kesempatan untuk bernafas di muka bumi pinjamanNya ini untuk tahun baru 1434H. Bila cakap pasal tahun hijrah, apa yang kita pandang dan faham tentangnya? Adakah feelingnya sama aje macam tahun 2012 nak ke tahun 2013 atau ia sangat bermakna bagi diri awak semua. Pada saya, tahun hijrah sangat bermakna. Dari kisah di sebaliknya sampai la maksud hijrah tu sendiri.

Pada saya, hijrah adalah bagaimana kita nak mengubah diri kita. Daripada buruk kepada baik, daripada baik kepada yang lebih baik. Nampak macam senangkan? Tapi, bagi siapa yang sudah dan sedang melaluinya memang sukar. Susah,. Tapi berbaloi kerana pada akhirnya yang kita cari adalah reda dari Allah. Nak menjadi manusia yang lebih baik mesti ada banyak yang akan lalui. Itulah ujian yang harus kita tempuh. Adanya ujian dan dugaan maksudnya Allah sayang kepada kita. Dia nak tengok berapa lama kita mampu bertahan, berapa lama kita mampu istiqamah dalam setiap kebaikan yang kita lakukan.


Tiada manusia yang sempurna. Saya pun. Tahun ni je entah berapa banyak kesilapan yang saya lakukan. Pada Allah jua tempat saya memohon keampunan dan pada keluarga dan kawan-kawan saya mohon maaf jika ada yang terasa dengan kata-kata saya.

Saya cuma harap saya akan menjadi muslimah yang lebih baik dan hamba yang lebih baik. Hamba yang akan ingat ada benda yang boleh kita buat dan ada yang tidak. Saya harap saya mampu lakukannya kerana matlamat utama manusia hidup di dunia adalah untuk menggapai syurga di akhirat. Insyaallah, sama-samalah kita update diri, topup iman dan berusaha mencari reda Allah. Insyaallah, Allah sentiasa berada bersama setiap hambaNya. Tinggal kita sahaja yang perlu sentiasa dekat denganNya.

1 Muharam 1434H mungkin membawa ketenangan pada diri kita dan negara kita. Tapi tidak pada warga Palestine di Gaza kerana Israel yang zalim sedang mengecam negara mereka dengan peperangan. Jom, sama-sama kita doakan keselamatan saudara Islam kita di sana. Doa adalah senjata orang mukmin. Jangan lupa selitkan doa untuk mereka ketika berdoa selepas solat 5 waktu anda. Save Gaza, Save Palestine! Allahuakbar!

1 orang bagi komen:

Anonymous said...

Salam awal muharam kak :')