Segala Puji Bagi Allah...

10:53 PM Faz.M 2 Comments



Assalamualaikum...
Apa khabar semua? Alhamdulillah, ada kesempatan untuk menulis lagi hari ni. Ini adalah entri pernghargaan kepada customer2 saya dan juga kepada yang support saya selama ni. Wah gitu..over. Huhu. 

Alhamdulillah. Segala puji hanya bagi Allah semakin hari rezeki saya semakin melimpah ruah. Rezeki dari Allah, sikit atau banyak bukan itu persoalannya. Yang penting adalah keberkatan daripada rezeki yang kita telah perolehi. Di mana kita salurkan rezeki yang telah kita dapat. Adakah kepada perkara-perkara yang bermanfaat ataupun sia-sia belaka.

Apa yang saya cakap dekat atas ni adalah sedikit input dari Ustaz Pahrol Mohd. Juoi. Buat saya terfikir dan berfikir. Alhamdulillah, lately ni ramai jugak yang bagi saya komen membina pada hasil kerja saya. Saya happy, bersyukur lagi la. Siapa la saya ni. Apa yang saya ada pun, skill yang saya ada tu bukan hak saya. Saya ni cuma pinjam dari Allah. Hal ni jugak la yang diingatkan oleh Ustaz Pahrol.

Katanya, segala nikmat yang kita ada semuanya adalah milik Allah. Kita saja yang perlu bersyukur jangan takbur dengan apa yang kita dengan mengatakan apa yang kita ada adalah kerana usaha kita sendiri. Memang ia usaha kita sendiri. Tapi, apa yang kita ada tu semuanya datang dari Allah jua. 

Pernah terlintas di fikiran saya betapa majunya dunia sekarang. Tengoklah macam-macam teknologi yang manusia sedang terokai. Ipad, Iphone, komputer. Memang ia adalah hasil cetusan idea seorang yang bernama manusia. Tapi, itu semua tetap datangnya dari Allah jua. Pernah terfikir tak? Sekarang, cuba duduk sejenak dan ambil masa untuk berfikir, tengok keliling. Allahuakbar. Besar sungguh kuasa Allah kan?

So, bila saya upload hasil keje saya di FB dan ada yang memuji. Alhamdulillah. Segala puji hanya bagi Allah. Siapa tak seronokkan? Ia buat saya lebih yakin untuk teruskan kerja saya sekarang sambil menanti peluang yang lain. Tapi, jika Allah kata itulah yang terbaik untuk saya, I mean berniaga. Saya akan teruskan and try to looking forward and taking seriously about what am I doing now. Maybe, ada kedai sendiri. Siapa tau kan? Insyaallah. Moga Allah permudahkan setiap langkahan kaki saya di atas buminya untuk mencari rezeki yang halal. Ameen.

Terima kasih kepada yang sudi menempah pakaian kepada saya. Banyak jugak pending order untuk november ni. Hope, boleh siap on time la ye. Insyaallah. Dah lama jugak tak share hasil kerja saya kan? Jom la tengok sikit apa yang dah saya buat... :)



Ok, itu saja. If ada sesiapa yang berminat untuk menempah apa saja. Dress, jubah, kurung moden, baju tunang hatta baju kahwin sekali pun insyaallah saya akan cuba buat yang terbaik. Kalau ada yang nak saya designkan pun boleh juga. Please do contact me on FB just search Fazreen Misbae or you can emel me at zafrien24@gmail.com. TQ. :)

2 orang bagi komen:

umi Hamraa said...

Nnt ada rezeki, nk tempah bj kahwin *koff,koff* dgn akak lah. Amboii gatal. Hehe

Betul, sgl puji bg Allah. All the best dlm apa shj yg akk buat :)

Faz.M said...

ehehe..itu sdh semestinya...tima kasih ye iffah... :)