Good Bye 2012, Say Hi to 2013 :)

8:34 PM Faz.M 0 Comments

Assalamualaikum...
As a blogger entri akhir for 2012 mesti kena ada. Saya rasa most of the blogger akan tulis satu entri. Yes, me too! Hehe. 

2012 :)

Tahun yang penuh dengan senyuman dalam hidup saya. Takde sebab langsung untuk saya rasa sedih sebab Allah dah bagi terlalu banyak kegembiraan dan kemanisan dalam kehidupan saya. Alhamdulillah, syukur tak terhingga. From day 1/1/2012 until the end of 31/12/2012. Bermula dengan baik dan berakhir dengan baik. Saya terlalu bersyukur. Betapa banyak nikmat yang Allah beri dalam hidup saya. 

Paling saya tak dapat lupa dan takkan lupa seumur hidup saya adalah rezeki dan peluang yang Allah beri pada saya untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Alhamdulillah, syukur. Tak pernah terlintas di fikiran bahawa saya akan dapat peluang untuk ke sana dalam usia yang muda. Insyaallah, dah tanam niat nak buat umrah lagi dan untuk buat haji. Semoga Allah izinkan saya untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci di tahun-tahun akan datang. Insyaallah, ameen.



Alhamdulillah, syukur juga kerana Allah juga memberi rezeki kepada saya untuk mulakan perniagaan sendiri. Walaupun masih secara kecil-kecilan kerana cuma bekerja di rumah. Tapi, saya bersyukur sebab saya dapat         menghasilkan hasil kerja saya buat pelanggan saya. Terima kasih kepada mereka yang memberi saya kepercayaan itu. :)

  

Selain itu, 2012 merupakan tahun yang positif bagi diri saya sendiri. Kenapa saya cakap macam itu? Sebab saya lebih positif dalam setiap apa yang berlaku di sekeliling saya. Saya positif dengan setiap apa yang berlaku itu tentu ada hikmahnya. Saya positif dengan setiap masalah yang berlaku itu tentu ada penyelesaiannya. Ia buatkan saya lebih bersangka baik dengan Allah. Itu yang lebih penting. Bila kita positif dan bersangka baik dengan Allah, kehidupan kita akan menjadi lebih baik. :)

Walaupun kadang-kadang takde masa nak menulis. Tapi, saya cuba juga cari masa untuk menulis. Saya nak share juga entri yang mendapat perhatian orang yang meng'google'.


1125 orang yang view untuk entri ni. Alhamdulillah, saya tahu entri ni still banyak kekurangannya sebab saya tak buat any tutorial bagi yang memerlukan. Maaf ye, saya tak punya masa untuk tunjuk secara detail.

Setiap orang mesti ada listkan azam untuk tahun hadapan. Saya rasa azam saya untuk tahun ni sedikit sebanyak ada jugak yang achieve. Macam saya pernah listkan yang saya mahu jadi orang yang lebih baik dan hamba Allah yang lebih baik. Saya rasa saya dapat lakukannya walaupun masih ada kurang here and there. 

Harapan tahun 2013?

Saya cuma berharap kehidupan saya akan menjadi lebih baik. Moga Allah izinkan saya untuk punya kedai sendiri dan saya dapat menterjemahkan lagi idea-idea saya buat regular customer saya dan bakal customer saya. Besides, saya juga mengharapkan dapat bertemu jodoh di tahun 2013. :)

Itu saja la kot. Insyaallah, panjang umur dapat la saya share macam-macam lagi di blog kesayangan saya ni di tahun 2013. Insyaallah, semoga kita semua berada dalam rahmat Allah SWT. Ameen.. :)


0 orang bagi komen: