Merisik khabar

7:14 AM Faz.M 0 Comments

Assalamualaikum...
Alhamdulillah...apa khabar semua? Ya Allah, rasa macam dah lama sangat tak menjengah blog sendiri. Teruk betulkan? Huhu. Memang saya sibuk sampai nak update entri pun tak sempat. Try curi masa pun rasa macam payah bebenor.

Dalam masa tu jugak macam-macam dah jadi dan tak sempat saya nak share dekat sini. Ada suka, ada duka. Tapi, takpe sebab tu semua buat saya jadi lebih matang dalam berfikir dan relate kan keadaan sekeliling saya dengan kekuasaan Allah Taala.

Alhamdulillah. Syukur saya pada Allah di atas pemberian rezeki kepada saya yang tak putus-putus. Setiap hari ada saja perkara yang saya harus lakukan. Takde la tempahan tu banyak sampai tak menang tangan. Saya sendiri yang try to manage my time properly. Sebab tu tak berani nak ambil tempahan tanpa sekatan. Huhu.

Memang kalau difikirkan balik rasa rugilah,apalah. Tapi, pada saya rezeki tu Allah yang bagi. So, saya tak perlu risaukan tentang apa-apa pun. Asalkan saya cuba laksanakan amanah orang kepada saya dengan baik. Insyaallah.

So, sekarang saya tengah sibuk buat kurung peplum. Tak sangka ramai yang suka dan berminat nak buat tempahan sebab awalnya saya hanya menurut permintaan regular customer saya yang nak kan kurung peplum. Bila dah siap dan post di FB, Alhamdulillah respon yang saya dapat tersangatlah baik. Syukur. :')

Pada sesiapa yang berminat boleh terus contact saya di FB ye. Tekan je FB badge dekat sebelah kanan blog tu. Ok, sekarang jom tengok hasil kerja kurung peplum saya ye. :)

0 orang bagi komen: