Saat hilangnya Cinta

1:46 PM Faz.M 0 Comments

"Ya Allah,apesal duduk dalam gelap ni." Raudhah memetik suis lampu bilik. Athirah terus menarik selimut menutupi wajahnya.

"Tutup la kak. Orang nak tidur la." Suara Athirah kedengaran di balik selimutnya.

"Tidur apanya. Dah nak zohor dah ni. Bangun." Raudhah cuba menarik selimut Athirah. Gadis itu lantas duduk dan menayang muka cemberut.

"Kamu ni kenapa? 2,3 hari ni akak tengok senyap aje. Berkurung dalam bilik. Buat apa semua tak nak. Cuba cakap dengan akak. Akak sudi dengar." Lembut tutur kata Raudhah memujuk adiknya.

"Zaim tu. Dia buat hal lagi. Stress la macam ni. Baik tak payah couple. Mesej, call semua tak. Tapi, elok je berderet status kat FB. Ee..tak faham la dengan dia tu!" Rungut Athirah berkenaan dengan kekasihnya. Raudhah mengukir senyum.

"Ala, biarlah. Orang tu tengah busy study yang awak pegi kacau tu buat apa." Ulas Raudhah mengikut logik akalnya.

"Akak ni, cakap senang je kan? Yang menanggung sakit hatinya Irah jugak." Respon Athirah daripada pendapat Raudhah sebentar tadi.

"Kamu tu pun cuba la fikir positif sikit. Ok, cuba Irah ingat-ingat balik dah berapa kali jadi macam ni sepanjang relationship korang?" Athirah menggaru kepala. Membilang jumlah masalah yang berulang kali terjadi antaranya dan Zaim.

"Ish, Irah tak ingat la kak. Yang Irah perasaan, semua ni jadi sebab kononnya dia tu busy study. Menyampah betul la." Raudhah cuba memikirkan apa yang harus di sampaikan kepada Athirah.

"Ok, this time cuba fikir positif. Fikir kenapa masalah ni selalu timbul. Apa hikmahnya dan apa yang Allah cuba sampaikan pada Irah." Athirah mula bingung. Otaknya sedang cuba menerima setiap patah kata yang terhasil dari bicara Raudhah.

"Pernah tak Irah fikir yang Allah bagi ujian ni pada Irah adalah untuk Irah fikirkan tentang diri sendiri sama macam yang Zaim tengah buat sekarang ni. Zaim kata dia busy sebab study. Dia study tu sebab apa? Sebab dia sedang merencana masa depan dia. So, Irah lihat balik dalam diri Irah. Apa yang Irah sedang buat pada diri Irah sekarang? Wajar ke Irah rasa sedih, murung, stress dan macam-macam lagi sedangkan Zaim tengah sibuk dengan life dia without you." Raudhah merenung wajah Athirah yang tiba-tiba diam seribu bahasa.

"You know what, I'm very happy when you decided to change. Bila Irah berhijrah, akak adalah orang yang paling happy dan bersyukur sebab doa akak pada Allah dah termakbul. Allahuakbar. Tak tahu nak gambarkan macam mana perasaan akak waktu tu.

Tapi, akak tahu untuk Irah berhijrah 100% itu memang bukan mudah. Nak jadi baik memang kena berkorban, memang kena kuat dan paling penting istiqamah. So, gunakan masalah yang tengah jadi ni sebagai ruang untuk Irah perbaiki diri untuk jadi hamba Allah yang lebih baik lagi.

Kadang-kadang kita rasa dengan solat 5 waktu saja ibadah kita pada Allah tu dah cukup. Tapi, sebenarnya tak. Kita lupa dengan ibadah sunat yang amat di tuntut. Macam solat sunat, puasa dan paling penting sekali mukjizat yang Allah beri kepada Rasulullah SAW sebagai panduan buat kita semua. Satu-satunya surat cinta dari Allah iaitu al-Quran. Dengan cara tu kita dapat mengukuhkan lagi rasa cinta kita kepada Allah sebelum kita serahkan cinta kita tu kepada manusia.

Bila kita sudah beri hati dan cinta kita sepenuhnya kepada manusia, macam-macam masalah yang akan timbul. Irah, boleh fahamkan apa yang akak cuba sampaikan ni?" Athirah hanya mengangguk lemah.

Rasa terpukul betul dengan kata-kata kakaknya tadi. Rasa sebak semua ada. Semua rasa tu berkumpul menjadi satu.

"Dah la. Akak tak nak tengok Irah murung, sedih, tak happy macam ni. Sekarang ni Irah bangun, mandi, solat. Lepas tu doa pada Allah moga dapat tenangkan hati Irah yang tengah rawan tu." Raudhah bangkit dari duduknya di atas katil Athirah. Dia berjalan menuju ke rak buku. Athirah hanya menjadi pemerhati setiap langkah kaki kakaknya itu. Raudhah mencapai naskhah berkulit coklat itu. Di bawanya ke arah Athirah dan di letakkan di meja sisi.

"Ambil masa untuk kenal diri Irah, perbaiki diri dan perbetulkan apa yang salah. Belum terlambat lagi Irah."

Athirah memandang al-Quran yang di letakkan Raudhah di meja sisinya tadi. Allah. Memang dah lama pun tak baca quran. Baca yassin pun sebab pergi kenduri tahlil. Rindu. Itulah yang Athirah rasa sekarang.

Athirah bangun dari katilnya dan bergerak ke bilik air. It's time to change. Tekadnya di dalam hati.

-Tamat-

0 orang bagi komen: