Show that we care...

1:23 PM Faz.M 2 Comments

Assalamualaikum.....
Semalam tengok Bicara dekat tv al-Hijrah pasal save Gaza. Afdlin Shauki dengan wakil dari Islamic Relief Malaysia jadi guestnye. Saya tak ingat pulak nama wakil tu. Seronok dengar mereka bercerita tentang pengalaman mereka di Gaza dan yang membangunkan Gaza.

Saya nak kongsi cerita...

Seminggu sebelum Gaza diserang Israel selepas tahun 2008 saya makan Mcd. Padahal, lama dah saya tak makan since my 1st usrah. Time tu rasa bersalah sangat pada saudara islam sendiri. Tekad dalam hati. Lepas daripada ni HARUS berhenti.

Saya tahu ramai yang tak percaya, tak ambil endah dan ramai jugak yang kata semua terpulang pada niat kita. Saya sendiri pun at the first place merasa sangat ragu-ragu dan menganggap bukan niat saya nak buat macam tu. But, once my naqibah gave me the pamplet, rasa macam. Ok, ini adalah anjakan.yang pertama kalau betul-betul mahu kenal Islam. Try! Cuba! Itu yang penting.

Selepas daripada tu saya cuba untuk tak makan Mcd dan Alhamdulillah saya berjaya. The most important thing is my family accepted what am I trying to do. Mereka faham walau tak turut serta dan mereka tak mendesak saya dengan pelbagai pertanyaan. I feel glad about that. Thank you for being understanding since my first step to change. I love them very much. :)

Ok, teruskan cerita. Time tu jugak saya tahan diri dari makan maggi dan minum milo sebab logo tu yang saya nampak pada pemplet tu. Tapi, tak lama lepas tu saya sendiri yang broke my promises. You know. Kejujuran dalam diri tu tersangatlah penting. Walau takde orang kisah pun kau nak Mcd ke tak kan? Tapi, sendiri rasa bersalah sebab macam dah khianat saudara Islam sendiri.

So, last two days baca status Afdlin di Facebook buat saya malu sendiri dan cakap pada diri lets do it again. Seorang selebriti sanggup merendahkan dirinya untuk membantu saudara Islam kita di sana. Dia jugak berani mengatakan dia akan boikot those product dan decide tak nak jadi duta untuk label berkenaan. Saya ingat lagi kata-kata dia semalam masa dalam talk show tu.

"Saya saksikan sendiri video salah seorang kanak-kanak yang di tembak di dua di dada dan satu di kepala. Ia buat saya tertanya-tanya dari mana Israel mendapatkan sumber untuk setiap peluru yang mereka gunakan itu. Saya tengok orang-orang di UK berdiri di hadapan restoran terbabit dan membantah pembunuhan kanak2 di Gaza. Tapi, kita tak buat apa-apa. Malu kita dengan mereka."

Kenyataan di atas ada yang diubah suai. Saya menulis mengikut apa yang saya ingat. Tapi, ia tak bercanggah dari kenyataan sebenar.

So, apa tindakan kita sebenarnya? Masih nak anggap yang ianya takde pape atau masih jugak nak tegakkan yang kita tak berniat. At least, we can do something for them. Walaupun mereka jauh, mereka sangat perlukan bantuan kita. Teringat pada kata Heliza. Sekurang-kurangnya istiqamah dalam doa kita untuk mereka.

Ignore saja apa orang nak kata tentang apa yang kita buat dan sematkan dalam hati banyak lagi makanan yang boleh kita makan selain dari product yang membantu Israel. At least, show that we care about them rather than nothing.

Banyak cara sebenarnya kita dapat buat untuk elak diri dari beli product dorang. Contoh, daripada milo, minum la air coklat. Banyak dah ada sekarang dari jenama Giant, Envonsave, Tesco. Kalau teringan burger pulak boleh pegi stall burger, marry brown ke. Pizza? Dominos kan ada. Banyak yang boleh kita buat selagi kita cuba. Insyaallah, Allah itu tahu sebab apa kita buat semua tu dan moga-moga ia dapat kebaikan di sisi Allah.

p/s: Saya tak paksa sebab itu hak masing-masing. Tapi, kita kena cuba. :)

2 orang bagi komen:

umi Hamraa said...

Setuju akk :)

Bila bab nestle ni la kena mujahadah sikit.sebab byk produk nestle kat rumah esp milo :(

Faz.M said...

memang pun iffah sbb tu utk mula blk akak hnya minum teh n susu pekat saja..susu tepung pn byk dr nestle jgk..kita kena alert utk fight for this...Insyaallah..blh..kena kuat! :)