Welcome to Zafrien's Closet. Eh??

11:39 PM Faz.M 2 Comments

Assalamualaikum....
Amboi, tajuk entri kemain lagi kan. huhu. I always wanted a place yang saya boleh buat kerja dengan selesa. For now saya hanya bekerja di rumah saja. Siapa la yang tak nak ada kedai sendiri. But, saya terpaksa akur bahawa masa untuk saya belum tiba lagi. Insyaallah, in one fine day it will come and I'll have my own boutique. Eceh.. ;)

Saya buat kerja dalam satu bilik kecik dalam rumah saya ni. Dekat situ la tempat saya memerah keringat. Hehe. Keringat la sangatkan. Sebelum saya mengemas bagai nak rak last weekend, bilik saya buat keje memang banyak barang n tak teratur sebab bilik tu kira macam bilik wardrobe. Ada 3 bijik almari. So, ruang tu teramatlah terhad. Lepas dah kemas tu rasa lega, happy and bersyukur sangat sebab Allah permudahkan segala kerja dan kemahuan saya. Alhamdulillah...

Lepas di kemas tu dah teratur sikit. Baru la semangat nak cantikkan. Itu yang beria shopping beli keperluan untuk kedai kecik saya ni. Mula-mula bajet dalam RM50 je. Tapi, dah terlebih sampai 60 lebih pulak. Huhu. Tak kisah la, yang penting dapat beli apa yang saya nak. Next time, kalau rasa nak cantikkan lagi boleh la beli lagi. Nanti saya cerita dekat mana saya beli semua barang ni.


Ni kira keseluruhan bilik. Kawasan untuk saya buat kerja. :)

Ni pun sama. Garment bag kaler pink tu pun baru beli. Cantik n murah je harganya.

Mesin yang banyak berjasa dengan saya. Dah tukar position bawah lampu. Sebelum ni depan tingkap.



Ini rak letak barang macam benang dengan manik. Owh, lukisan atas tu hasil kerja saya. Bab mengaler tu banyak tangan. Tima kasih pada adik-adikku sebab sudi tolong warnakan. Kalau tak lama la nak tunggu siap. Huhu.

Iron board yang baru di beli selepas bertahun pakai yang buatan sendiri.

Penggantung bernombor ni pun baru beli. Sebenarnya nak beli nombor 2 dengan 4. Tapi, entah macam mana boleh nampak nombor 3 tu jadi nombor 2. Erk? confiuse..huhu

Puas tau cari bakul ni. Dulu senang je nak jumpa. At last jumpa jugak. ;D



Sudut yang feveret saya sekarang ni. Huhu. Siap ada letak fragrance lagi. Tak sangka pewangi ni boleh buat wangi satu bilik. Best sangat. Just letak kayu dalam botol tu terus bau satu bilik.
Semua barang comel-comel tu beli dekat Mr. DIY. Dah lama bukak dekat sini baru la ada hati nak pegi. Terkejut sebab harganya berpatutan n barang pun comel-comel jek. Kalau tak jaga bajet mau semua benda nak beli tau. Huhu.

Alhamdulillah..rasa happy sangat sebab dah dapat satu tempat yang best untuk saya buat kerja. Semua ni kerana Allah yang telah permudahkan segala urusan kerja saya. Letih jugak la badan ni bila buat sorang-sorang. Tapi, takpe rasa puas hati sangat. 

Ok, till the next entry. 
Dah nak masuk tahun baru ni. If ada sesiapa yang berminat nak buat tempahan boleh contact saya thru FB ye. 

Thanks sudi jengah.... :D

2 orang bagi komen:

umi Hamraa said...

Cantiknyaaaa :) lepas ni boleh buat decor pulak. Ihik :p

Faz.M said...

wah..insyaallah dik...huhu... :)