Antara dugaan dan karenah

3:57 PM Faz.M 0 Comments


Assalamualaikum...
Selamat berhujung minggu buat semua penjengah. Hari ni mesti semua orang penuh dengan aktivitikan? But, not for me sebab this week target nk siapkan semua baju regular customer saya yang sorang ni. Start minggu baru nanti boleh la teruskan untuk buat tempahan lain pula.


So, hari ni saya nak cakap tentang pelanggan or customer. Adat bila berniaga kita akan berdepan dengan macam-macam jenis orang. Sometime, orang tu akan terima hasil kerja kita dengan baik dan sometime ada yang bereaksi luar dari kebiasaan. Em?

Saya rasa itu normal. Mana-mana bisnes pun memang macam tu. Lagi la kalau kita bekerja dengan retail company. Frasa "Customer's always right" tu takkan lari punya walaupun time tu kita betul dan dia salah tetap jugak kena iya kan dan senyum memanjang. :)

Alhamdulillah, saya bersyukur sebab permulaan bisnes saya berhadapan dengan customer yang baik dan suka dengan hasil kerja saya. But, when I decided to go further dan anggap apa saya buat ni sebagai sesuatu yang serius, haruslah ada dugaan yang akan dan bakal saya tempuh. Well, hidup takkan selalunya indahkan?
Pernah juga beberapa kali baca status mereka yang brrbisnes menghadapi karenah customer yang pelbagai. Ada tu sampai marah-marah share dekat FB tu. Saya yang membaca mesti la akan rasa tindakan mereka tu macam tak patut. Tapi, ingatkan diri, satu hari nanti saya akan hadapi jugak perkara yang sama. But, it doesn't mean that i have to do the same thing kan?

So, when it happen to me like it's really happen to me, tak tau nak marah ke apa sebenarnya. Tapi, bila di fikirkan secara positif semua tu kerana "kita" sendiri yang tak puas hati dengan apa yang kita dah buat. Kita sendiri tertanya-tanya, apa salah aku? teruk ke cara aku treat dorang? tak bagus ke servis aku? Betul tak?
Sebenarnya, apa yang berlaku tu sebab kita marah pada diri sendiri. As a designer cum tailor of cause I wanna give the best for my customer. Saya cuba gunakan barang yang baik if they let me do that dan bagi masa yang cukup untuk saya buat semua tu. Bila saya berhadapan semua ni saya jadi tertanya-tanya dan mula merungut.

Merungut?

Tanpa sedar sebenarnya ia adalah dugaan dari Allah swt buat diri saya. Allah nak uji sama ada saya mampu bersabar atau tak dengan masalah sekecil.ini. Allah nak tengok macam mana cara terbaik untuk saya handle situasi macam ni. Cara semua orang berfikir takkan sama. Ada orang akan bertindak negatif dan ada orang akan bertindak positif. Saya pada mulanya jadi negatif. Merungut, marah jugak la sikit. Lepas tu saya jadi takut.

Kenapa takut?

Saya takut bila saya merungut, saya pertikaikan hak mereka sebagai customer, saya rasa saya saja betul dan saya jadi riak. Allah akan ambil semula segala nikmat yang diberikan pada saya ni macam tu je. Sedangkan saya belum pun sampai ke separuh perjalanan.

Muhasabah. Itu yang penting sebenarnya. Bila jadi sesuatu, kita lihat balik apa yang kurang dalam diri kita. Apa yang kita buat pada orang, sama ada ikhlas, jujur atau tak. Jika kita dah suntik elemen positif dalam minda kita awal-awal, kita takkan sewenang-wenangnya lempar kata-kata negatif pada orang lain. Saya tulis entri ni sebenarnya lebih kepada nak mengingatkan diri saya sendiri. Motivate diri saya supaya sentiasa bersangka baik pada orang lain. Saya harap pada yang membaca akan dapat input yang baik dari entri saya ni ye. 

Thanks sudi jengah.... :)

Doa saya supaya perasaan ujub, riak dan takkabut tak singgah dalam diri. Insyaallah, ameen.

0 orang bagi komen: