Salam Maulud Nabi & Selamat Hari Lahir :)

12:06 AM Faz.M 0 Comments

Assalamualaikum...
Selawat dan salam buat rasul junjungan Nabi Muhammad Sallahu Alayhi Wassalam. Hari ini 24 Januari bersamaan dengan 12 Rabiulawal 1434 hijrah. Apa yang ada dan istimewanya tentang hari ini?
Sudah tentulah kerana kita semua umat Islam dengan rasa syukurnya dapat menyambut lagi hari kelahiran baginda Rasulullah Sallahu Alayhi Wassalam walaupun baginda telah lama meninggalkan kita semua. Satu dunia menyambut hari baik ini sebagai tanda kasih, tanda sayang dan tanda cinta kita kepada baginda. Selain daripada untuk terus memperingati baginda yang sangat sayangkan umatnya.
Dan Alhamdulillah, dengan lafaz penuh kesyukuran hari ini juga 24 Januari merupakan hari kelahiran saya dan saya kini genap berumur 25 tahun. Segala puji bagi Allah yang masih mengizinkan saya untuk terus bernafas, bertambah umurnya dan dapat terus beribadat kepadaNya. Insyaallah.
Tiada yang lebih menggembirakan saya selain dari dapat menyambutnya bersama dengan Maulidul rasul. Suatu ketentuan dan kebetulan yang terjadi mungkin hanya sekali dalam seumur hidup. Kebetulan yang sangat manis dan akan saya semat dalam ingatan.
Apa lagi yang boleh saya katakan selain dari rasa syukur kerana Allah masih izinkan saya bertambah umur ke satu tahun lagi. Tahun yang panjang dan sudah semestinya penuh dengan harapan agar Allah memberi sinar dalam setiap jalan yang saya lalui dan bakal lalui.
Moga umur 25 tahun ni membawa kenangan manis pada hidup saya, memberi kejayaan pada hidup saya dan menjadikan saya seorang yang lebih matang dalam menjalani kehidupan sebagai hamba Allah yang tak lepas dari dugaan dan ujian yang pastinya.
Terima kasih kepada kawan-kawan yang wish di FB dan mendoakan kehidupan saya. Moga Allah merahmati hidup kalian semua. Special thanks of cause to my beloved family yang selalu ada bersama saya dikala susah dan senang, suka duka dan ketawa gembira. Terima kasih. Love you all so much!! :')
Lastly, selamat menyambut Maulidur Rasul dan teruskan berselawat bukan untuk hari ini saja. Tetapi, setiap masa, setiap detik dan setiap saat. :)
p/s: Teringat masa tengok planner ujung tahun lepas, rasa macam tak percaya birthday saya akan bertembung dengan Maulidur Rasul.. :)

0 orang bagi komen: