Dear Ummu Najwa...

4:12 PM Faz.M 0 Comments


Assalamualaikum...
Saya tak tahu kenapa. Tapi, minggu ni saya sangat rindukan seorang sahabat saya. Saya panggil Najwa. Najwa punyai nama yang cukup indah, Ummu Najwa. Gadis kecil molek yang saya kenal sejak minggu suai kenal di Politeknik. Najwa. Sangat istimewa buat saya.

Salam perkenalan

Saya ingat lagi detik pertemuan pertama saya dan Najwa. Semasa minggu suai kenal. Masa dalam barisan saya dengar satu suara yang tak henti berbual dalam bahasa cina. Saya pandang muka dia, sebab nak tengok siapa la gerangan yang dari tadi tak berhenti cakap. Bahasa cina pulak tu. Dia cakap sorry. Maybe, sebab dia banyak sangat cakap. Hehe. Kecik saja orangnya. Sejak dari itu kami berkawan.

Tahun pertama- 2008

Dalam tak sedar masa semester pertama di poli banyak kisah yang kami kongsikan bersama. Satu perkataan yang dapat digambarkan apabila berkawan dengan Najwa adalah, HAPPY. Sebab Najwa seorang yang sangat lucu dan slumber. FYI, dia tua setahun daripada saya dan tak bagi saya panggil kakak. Saya pernah tanya, kenapa? Najwa kata, nanti susah nak cope with each other. Macam ada jurang bila panggil kakak. Automatik istilah kawan akan lenyap. Memang saya setuju dengan apa yang Najwa kata. Kerana itu kami sangat selesa berkawan.

Kenangan vs Memori

Saya dan Najwa banyak berkongsi minat yang sama. Salah satunya adalah dia minat Siti Nurhaliza walaupun nampak brutal. Hehe. Dia suka dengar lagu. Bezanya macam-macam lagu dia dengar. Kalau dengar mp3 dia dengan lagu nasyid pun masuk senarai. Huhu. Dia suka lagu Jepun n Korea. Bila dia nyanyi saya akan kata, "Bahasa apa kau nyanyi tu wa." Dia pun mula bercerita. Bila saya tanya, "Macam mana kau hafal tu?" Dia dengan selamba cakap, "Aku belasah je." Hehe. Dia memang kelakar.

Wa, kau ingat tak bila kita sama-sama layan Ghost. Kita tengok sama-sama dalam bilik aku. Walaupun la laptop aku tu tak secanggih mana, lambat pulak tu. Kita sama-sama guna buat download lagu n tengok cerita yang kita nak tengok. Kadang-kadang sampai aku tertidur n sedar balik kau still ada dekat hujung katil tengah ngadap laptop aku. Seronoknye time tu Wa. Bila aku minat Zahiril kau pun minat juga. Aku ingat lagi kau selalu nyanyi satu lagu tu, laju gila. Hehe. Aku tanya tu lagu apa. Baru aku tau tu lagu Geek in the pink. Jason Mraz yang nyanyi.



Saya tau memori yang paling Najwa tak dapat lupa bila saya dengan beraninya offer diri ajar dia drive kereta. Adoyai, kelakar betul time tu sebab Najwa banyak ketawa daripada serius. Last-last saya soh dia benti n biar saya jela yang drive kereta tu. "Sekarang kau dah pandai drive ke belum Wa?'" ;)

Saya suka berkawan dengan Najwa kerana dia seorang yang sederhana. Asalkan saya selesa n dapat share everything together dah cukup. Bila dah tak duduk hostel masa kami berdua jadi makin terhad sebab kami dalam jabatan yang sama. Tapi, course yang berbeza. Ada masa akan berjumpa, ada masa tak. Yang bestnye, dapat la saya berkawan dengan geng-geng Najwa yang lain. Sebab belajar grafik yang stress tu, kawan-kawan dia pun sama gila-gila macam dia jugak. Kawan-kawan saya pun suka kawan dengan Kak Najwa yang kelakar. Hehe. 

Wa, aku tau kadang-kadang kau serba-salah sebab tak dapat spend time dengan aku. Pernah kau janji nak keluar sama dengan aku. Tapi, last minute cancel sebab ada hal dengan kawan--kawan kau. Tapi, aku tak kisah pun sebab aku faham kita masing-masing ada tanggungjawab masa tu.

Learn something

Saya pernah buat satu entri pasal Al-mathurat. Najwa la insan yang bawa saya mengenali apa itu al-mathurat. Dia kata mak dia yang bagi n selalu pesan pada dia supaya rajinkan diri baca al-mathurat.

Lepas kau cakap pasal mathurat tu wa, aku pegi MPH n jumpa. Sekali aku bukak n cuba baca. Susah juga bila tak biasa ni. Tapi, alhamdulillah jangan risau sebab sekarang aku dah boleh baca n ada sebahagian doa n zikir dalam tu aku dapat hafal. :)

Lukisan KAMI

Masa sem 1 kami kena ambil subjek fundamental of art. Untuk final kena lukis dalam size A1 punya lukisan n Najwa pilih lukisan dari pelakon filem KAMI. Saya pernah bergurau dengan dia. "Wa, aku nak lukisan ni." Najwa kata, nanti siap aku bagi. Najwa tak mungkir janji. Lukisan dia tu ada pada saya sampai sekarang n dah di framekan pun. Lukisan yang sangat cantik. Najwa memang seorang yang berbakat. 


Wa, aku ingat nak bagi balik lukisan ni pada kau sebab sayang terbiar macam tu je walaupun aku dah framekan. Nanti, bila kita dapat jumpa aku bawak n pulang balik pada kau ye.

What I like n love about you, Ummu Najwa

Saya tau setiap orang memang ada lebih dan kurangnya dan Najwa bukanlah seorang yang sempurna. Tapi, pada saya dia sempurna sebagai seorang kawan kepada saya. Najwa yang saya kenal tak pernah tinggal solat, tak suka cakap buruk pasal orang dan tak suka mengumpat. Dia baik sebab tu tu saya sayang dia.

Pesanan

Dear Najwa,
Entri ni bukanlah untuk memuji atau ambil hati kau. Tapi, aku sekadar menulis isi hati aku kerana mempunyai kawan seperti kau. Memang, kita bukan selalu bersama. Nak berborak hatta tanya khabar sebulan sekali pun susah. Tapi, aku tak kisah pun pasal semua tu sebab sepanjang aku bersama dengan kau dekat poli, semuanya menyenangkan hati aku. Hope, ada jodoh dan panjang umur kita dapat jumpa lagi. Chit chat sama-sama macam dulu. Rindu nak dengar gelak kau, mengarut kau, lawak kau yang tak habis-habis tu. Aku, kau takkan tau apa nak nak jadi in future. Tapi, satu yang aku harapkan kita tetap akan kekal jadi sahabat sampai bila-bila. Insyaallah, kau sentiasa ada dalam setiap doa aku dan aku harap kau pun macam tu jugak.

Uhibukifillah Ummu Najwa... :)

0 orang bagi komen: