Kahwin

8:44 PM Faz.M 2 Comments

Assalamualaikum...
Entri pantas dari handphone..
Ada orang suka bila cakap pasal topik ni..hehe

Kalau ikutkan kawan sekelas masa sekolah yang dah kahwin ada 3 orang. Tiga2 perempuan. Sorang lagi tu dah bertunang. Insyaallah, tahun ni langsung la tu.

Kawan masa poli pulak ada 4 orang. Siap dah ada anak lagi. Padahal baru masuk 3 tahun graduate. Huhu.

Jadi, sememangnya soalan keramat, "Kau bila lagi?" tu akan ditanya pada mereka yang nak tanya.

Tapi, setakat ni belum rasa apa2 lagi bila orang tanya sebab fikir ada banyak benda lagi yang saya belum capai dalam hidup. So, walaupun umur dah 25 dan kira umur yang sesuai untuk kahwin, soal kahwin ni belum masuk dalam list saya.

Adik bongsu saya yang bijak pandai bertanya. "Kak rin nak kahwin?" Saya soal dia dengan soalan yang sama. Hehe.

Jawapan saya...

Wanita mana yang tak nak kahwin. Saya pasti setiap wanita mengidamkan untuk berkahwin dan punyai keluarga sendiri. Tapi, tu la. Soal jodoh ni bukan terletak pada tangan kita. Ada orang jodohnya cepat dan ada orang jodohnya lambat. Apa2 pun semuanya pasti ada hikmah tersendiri. Kerana Allah lebih mengetahui.

Perkara penting sekali bagi diri saya sebelum berkahwin adalah persediaan. Saya mahu perbetulkan diri saya dahulu untuk menjadi orang yang lebih baik dan hamba Allah yang lebih baik. Dalam masa yang sama, perlu ada ilmu dan apa yang kita mahu dari perkahwinan yang dibina. Visi dan misi tersangatlah penting. Kahwin bukan untuk kita saja. Tapi, macam mana kita pandang dan fikir untuk membawa perkahwinan kita tu hingga ke pintu syurga.

Tengok. Siapa kata kahwin tu senang?

Kahwin is not about you and him only. Kahwin adalah kerana Allah, kerana agama. Kerana itulah saya belum serius memikirkan soal kahwin.

Saya sedang membaca satu buku ni untuk lebih faham tentang cinta, ilmu dan perkahwinan. Input yang sangat berguna untuk kita. Boleh la cari, beli dan baca.

Thanks sudi jengah... :)

P/s: Dan ya, saya masih single.. :)

2 orang bagi komen:

hasyimahshe said...

siapa yang tak nak kahwin...

Faz.M said...

Persoalan bg semua org yg masih bujang..hehe..btw, thanks sudi jengah sini.. :)