Sabah dan si bijak pandai

2:51 PM Faz.M 0 Comments

Assalamualaikum...
Saya senyap. Tak tahu nak cakap apa pasal isu ni. Tapi, sekarang saya rasa sedih sebab bilangan perwira kita yang terkorban makin meningkat. Saya hanya mampu berdoa. Berdoa agar semuanya selamat dan takkan ada nyawa yang akan terkorban.

Saya dekat sini rasa aman dan tenang. Tapi, mereka di sana dalam ketakutan. Pasukan tentera kita sendiri tidak pasti sama ada mereka akan bertemu kembali dengan keluarga mereka ataupun pertemuan itulah kali yang terakhir. Demi tugas mereka tawakal saja. Demi kita rakyat Malaysia mereka sanggup bergadai nyawa. Allahuakbar. Moga Allah melimpahkan rahmat ke atas mereka. Moga mereka semua selamat dan segala masalah dapat di selesaikan secara aman. Ameen.

Saya tahu macam-macam isu mula timbul. Ni semua kerana apabila ramai yang mahu menjadi bijak pandai. Tanpa sedar mengundang fitnah sebab maklumat yang tiada kesahihannya. Pada saya kita doakan supaya mereka semua dilindungi Allah. Doa. Itu yang penting. Insyaallah..

Lets pray for Sabah...

0 orang bagi komen: