Tiupan Semangat

8:06 PM Faz.M 0 Comments

Assalamualaikum...
Tajuk entri kemain berbaur sastera. Huhu. Sastera la sangat. Takde maknanya. Saya nak kongsi cerita. But, lets start with the mukadimah first. Biasa la tu kan.

Firstly, congrats to my adik yang baru lepas konvo semalam. Diploma sudah ada dalam genggaman n hopefully your future will bright n shine like a star. Moga sukses dunia akhirat ye meya. :)

Bila pegi konvo dia maksudnya saya dapat la jejakkan kaki saya semula di poli. Wah, mengubat kerinduan gitu. Sebabnya adik saya dan saya study di tempat yang sama. Alhamdulillah, Allah sentiasa aturkan supaya kami adik beradik dan famli tak terlalu berjauhan. Duduk di Johor, study pun di Johor jugak.

So, atas keterujaan yang tak bertepi pergi la dekat department saya n amek gambo di situ. Alhamdulillah, dapat jugak bertemu dengan my lecturer. Lecturer yang ajar my final subject. Hampir tak kenal sebab dia tak pakai spec n tengah pregnant. :)

Puan saya tu pun asik pandang banyak kali je. So, kena la tegur walaupun segan ni. Bila dah bejumpa of coz la dia tanya apa saya buat sekarang.

Tekejut saya bila dia sangat menyokong apa yang saya buat sekarang. Saya cuma cakap yang saya cuma keje sendiri n amek tempahan jahit. Puan saya asik cakap. Em, bagus, bagus. Takpe awak buat je. Wah, tak sangka seorang yang berpangkat lecturer tak pandang rendah pun pada saya malah menyokong usaha kecil saya ni. Syukur sangat.

Maybe, puan saya cakap macam tu sebab ia lebih baik dari saya lari dari bidang yang saya belajar. Rugi la camtukan. Alhamdulillah, sebab semua ni takkan jadi kalau Allah tak mudahkan dan bukakan jalan untuk saya berniaga sendiri.

Mungkin, sekarang saya belum jadi apa-apa. Tapi, In shaa Allah, in future dengan izin Allah dan sedikit usaha dari saya, saya akan dapat capai apa yang saya mahukan. Sikit2 lama2 jadi bukit.
p/s: Sebenarnya apa saja yang kita buat kena yakin dengan Allah kerana Allah itu ar-Razzaq.. :)

0 orang bagi komen: