Reset minda, celik hati, refleksi diri

12:49 PM Faz.M 0 Comments

Assalamualaikum...
Selamat berlabour day semua. Huhu. Saya tak boleh bercuti pula sebab ada kerja yang perlu di selesaikan. So, daripada tajuk kat atas tu mesti ramai dapat agak saya nak cakap apa sebenarnya.

Saya suka pada Prof. Muhaya. Saya suka dengan kata-kata yang disampaikan dari bibirnya. Wah, bahasa. Hehe. Sejujurnya, masa mula2 saya like page Prof saya tak suka dengan dia. Sebab apa tak suka? Sebab tak kenal maka tak cinta. Fyi, Prof memamg suka berkongsi ilmu di FB pagenya. Lepas baca entri ni sila la like page beliau ye. In shaa Allah akan banyak manfaat yang kita dapat.

Sambung cerita balik. Mula2 dulu saya tak berapa minat Prof sebab apa yang Prof cakap selalu tepat kena batang hidung saya. Bila saya ambil kata2 Prof in negative way. Automatik saya set dalam minda saya, saya tak setuju dan tak suka beliau. Walhal apa yang Prof cakap tu ada benarnya. Kalau tak, takkan saya terasakan?

Satu hari tu saya dengar segmen Prof yang dekat Ikim.fm tu dekat Youtube. Automatik jugak la ia merefleks kan diri saya untuk fikir positif dan bersangka baik. Husnuzon. Bila kita bersangka baik dengan situasi sekeliling kita, bersangka baik dengan orang keliling kita, tak judge orang sesuka hati. In shaa Allah hati kita akan tenang, kurang masalah dan akan sentiasa tersenyum. Tak caya cuba buat.

Memang, realitinya kita ni mudah judge orang. Siapa aje yang kita nampak bila kita keluar rumah semua kita nak kata. Apa yang dia pakai, apa yang dia buat. Kenapa? Sebab kita tak melihat diri kita sebelum melihat orang lain.

Itulah yang saya belajar dari Prof Muhaya. Fikir positif, bersangka baik, buat baik, jangan harap pada penghargaan manusia dan yakin dengan Allah. Tak susah. Kita cuma perlu pupuk diri sendiri untuk mengubah diri menjadi yang lebih baik. Refleksi diri.

Saya harap satu hari nanti saya dapat la jumpa dengan Prof. Insan yang banyak memberi imej positif dalam diri saya. Prof selalu nasihat yang kita hidup ni untuk cari pencen kubur sebab tu Prof sangat suka berkongsi ilmu. Banyak sangat kata2 yang baik telah Prof kongsikan. Prof sangat bertegas tentang jaga aurat, jaga mulut, cari ilmu dan macam2 lagi. Nak tahu banyak tentang Prof Muhaya boleh la like fb page beliau dan tengok forum/talk beliau di Youtube.

Till then..
Wassalam..  ;)

0 orang bagi komen: