Review Novel: Anthem by Hlovate

6:15 PM Faz.M 0 Comments

Assalamualaikum...
Alhamdulillah..done my reading. Anthem by Hlovate. Lebih pada curi masa untuk habiskan naskhah yang sangat awesome ni. Tak sangka pulak dapat habiskan pagi tadi. Sangat puas hati dengan all the content. Complete. Perfect.

Again. Relate dengan my life now. Hlovate macam dapat meneka dan membaca dan tahu apa yang pembaca perlu untuk tahu.

Anthem adalah perjalanan mencari diri. Agama. Apa yang hilang. Apa tindakan kita. Tak tahu nak describe camne. Sila baca.

Secara ringkasnya Anthem merangkami semua perkara di bawah:
1) Stop judge people
2) Hijrah
3) Tarbiah
4) Istiqamah

Tiada manusia yang sempurna. Benar. Terkadang dengan mudah kita judge orang yang kita nampak. Kenapa saya tak cakap orang yang kita kenal? Sebab ke mana kita pergi, siapa yang kita nampak tak kenan kat mata, terus judge mereka itu ini. Believe me. Saya ingatkan diri sendiri jugak sebab kadang kita ingat, kadang kita lupa untuk menjaga pandangan. Satu perkara yang paling saya takut bila nak keluar rumah. Tak cukup luar rumah, dalam rumah pun sama. Always judge and judge. Betul tak?

Apa.yang saya suka tentang karya Hlovate adalah dia takkan describe watak utama tu cantik, kulit putih, mata bundar, bibir mungil. No. Takde satu novel Hlovate yang akan describe watak sesempurna itu like other novelis do. Takde jelmaan Aaron Aziz, Adi Putra, Maya Karin, Rita Rudaini etc. Sebab apa? Sebab Hlovate tau tiada manusia yang sempurna. Cantik atau kacak mana pun seseorang itu secara fizikal, pasti ada kekurangan di mana-mana. Betulkan?

Saya ada membaca review orang lain yang membaca Anthem and mostly they try to find what is the meaning of Anthem. Saya cari jugak. Tapi, tak faham. Teringat Dash kata Anthem dia shahadah. Still tak dapat tangkap. Sebab tu saya describe Anthem macam apa yang saya faham. Maksudnya keseluruhan novel dan bukan tajuk besar Anthem tu sendiri. Tapi, sekarang dah faham dah sebab Hlovate ada share satu review reader Anthem dekat FB dia. So, yeay! Sekarang dah tau. Huhu.

Memang sangat besar impak Anthem dalam diri kalau kita betul2 faham. Anthem yang kita pegang dari kita lahir sampai sekarang ke mana saja kita pergi sampai nafas terakhir iaitu shahadah. Yes, bila fikir balik betapa beratnya nak pikul shahadah yang bawak makna yang sangat besar.

" Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah; dan aku bersaksi Nabi Muhammad itu pesuruh Allah."

Pada siapa yang terbaca entri ni dan berniat nak beli Anthem saya sangat syorkan untuk anda beli. Dijamin takkan rugi. :)

p/s: Entri ditulis seminggu lepas. Baru hari ni dapat sambung dan publish. Thanks sudi jengah and drop your comment here. :)

0 orang bagi komen: