Putus cinta. Kenapa? Why?

9:18 PM Faz.M 2 Comments

Assalamualaikum...
Ramai orang pernah lalui masa ni. Putus cinta. Saya pun pernah masa zaman dahulu kala. Eh? Hehe. So, once putus cinta atau putus hubungan perasaan pertama adalah kecewa. Most probably kita keep questioning ourself why and why. Kenapa macam ni, kenapa macam tu. Kenapa????

Persoalan
Saya rasa ia satu perasaan atau emosi yang normal bila kita putus cinta. Lagi2 bila keputusan bukan dari pihak kita. Masa tu asyik fikir apa kurang aku apa salah aku. Masa ni kena kuatkan semangat. Keep motivate yourself. Fikir yang baik2 saja. Reda dan yakin Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Positif itu penting.

Forgive and forget
Ucapan dibibir selalu tak seiring dengan hati. Kita kata dah maafkan tapi makaih susahnya nak lupa. Kadang2 terasa sungguh sakit pedih di dada. Tak salah untuk kita cuba forgive and forget. Ya, saya dah lama maafkan tapi untuk melupakan ia akan makan masa bukan sehari, sebulan atau setahun. Bertahun2. Tapi, takpe biar makan masa yang lama ia akan lebih mematangkan kita dan lama2 akan lupa juga. Apa yang penting memaafkan. Peristiwa pahit akan hilang ditelan masa.

Tanpa dendam dihati
Selalu jugak dengar ayat ni. What you give you get back. Wah, itu namanya dah berdendam dan tak reda. Kalau sudah memaafkan haruslah cuba untuk melupakan. Berdendam adalah sesuatu yang sia2. Takkan bawak apa2 makna pun dalam hidup kita. Pandang ke depan dan move on.

Move on. Hello future.. :D
Seharusnya kita teruskan hidup dan tinggalkan apa yang dah jadi. Mulakan hidup baru dengan penuh semangat. Tapi, ada jugak orang pilih untuk move on cara yang tak berapa nak betul. Macam bercampur gaul tanpa had, keluar bersuka ria. Hakikatnya tetap kosong and nothing inside your heart. Tenang? takkan ada langsung if you choose to move on like this way. Believe me. Semuanya akan end up dengan perkara yang sia2. Saya dulu saya mulakan dengan cari kerja, jumpa kawan baru dan fresh surrounding. Guna cara yang betul. Jadi orang yang lebih baik instead of orang yang tidak baik.

Kesimpulan
Wah..siap nak menyimpul. Huhu. Saya tahu masih ada gadis yang hatinya suci tak pernah terluka kerana lelaki. Saya sangat salute pada mereka sebab tak terjebak dengan budaya couple ni. Mereka jugak mengenal dan mencintai siapa yang patut mereka cinta. Cinta teragung hanya buat Allah Taala dan Nabi Muhammad Salallhu Alayhi Wassalam. Alhamdulillah itu yang saya ada sekarang. Cinta yang takkan pernah hilang dan tinggalkan saya dan takkan sama sekali buat saya terluka. Cinta pada Allah SWT. Itu yang lebih baik. Bila kita dah pasak cinta Allah kukuh dalam hati barulah kita akan faham makna cinta sebenar dan makna Aku cinta kamu kerana Allah. Pada adik2 yang sedang bercinta or bercouple atau apa saja istilahnya, Cinta pada Allah adalah cinta yang paling sejati. Tak usah risau tentang jodoh kerana bila tiba masanya akan bertemu jua. Yakin dengan Allah. In shaa allah, Allah akan permudahkan segalanya.

The end. ;)

2 orang bagi komen:

saya said...

Akakkkk. bila nk kenduri ni? Hehe

eh?hehe..in shaa allah doakan la ye..skrg blum ada lagi.. :)