Tadabbur Surah ar-Rahman

7:04 PM Faz.M 1 Comments

Assalamualaikum...
Ya. Ini memang kali pertama saya membaca dan tadabbur surah ar-Rahman. Pertama kali. Saat saya menulis entri ni pun saya percaya dah banyak blog lain tulis atau describe tentang surah ni. Saya pula hanya mahu berkongsi keterujaan saya setelah membaca surah ar-Rahman.

Sebenarnya saya mula teruja dengan surah ar-Rahman masa dengar Usrah Nurani di ikim.fm. Ustaz Zulramli ceritakan suatu kisah yang boleh dijadikan iktibar pada kita semua. Kisahnya adalah apabila seorang lelaki ini bercerita kepada ustaz bahawa dia diserang satu penyakit yang sukar untuk sembuh. Habis semua wang ringgit digunakan untuk mengubatinya masih juga tiada apa2 perubahan. Ini menyebabkan dia mula putus asa untuk teruskan hidup. Satu hari semasa baru pulang ke rumah dia terpandangkan al-Quran miliknya di atas almari yang sudah lama tidak dibuka. Sewaktu membukanya terus saja ia pergi ke surah ar-Rahman dan dibaca ayat 13:

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)? 

Selesai membaca saja dia terus menangis dan menangis. Dia mula mengimbau kehidupannya selama dia hidup selama ni. Dari kecil sampai dewasa. Dari bekerja dengan orang sehingga dia decide untuk kerja sendiri untuk memudahkannya beribadat kepada Allah. Sedangkan dia sebenarnya kurang bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan dan mahu mengejar kejayaan. Tapi, apabila diuji begini dia terus lemah sedangkan banyak yang Allah telah beri dalam hidupnya. Sejak itu dia mula mendekatkan diri kembali kepada Allah. Berita terakhir yang ustaz dengar, lelaki itu meninggal dalam keadaan dia memeluk al-Quran.

Kisah itu tamat disitu. Sejak terdengar tentang kisah itu saya hanya tahu maksud ayat 13 itu adalah nikmat Tuhan kamu yang manakah mahu kamu dustakan. Tapi, bila baca hari tu subahanallah baru saya tahu yang ayat yang sama diulang sebanyak 31 kali dalam surah tersebut. Maksudnya Allah mahu menegaskan dan mengingatkan kita apa lagi yang tak cukup. Terlalu banyak nikmat yang Allah telah beri dalam kehidupan kita dari satu hembusan nafas. Tanpa itu mana mungkin saya, awak dan anda semua masih bernyawa dan bernafas tika ini. Allah mahu kita bersyukur. Allah dah bagi banyak. Terlalu banyak. Antara sedar dan tidak. Syukur ataupun tidak saja kita ini dengan setiap nikmat kurniaan ilahi. Kalau awak2 ada masa lepas ni cuba baca dan ambil masa untuk tadabbur surah ar-Rahman. Percayalah. Ayat pertama saja dah berjaya menyentuh hati saya. Mari terus tarbiah diri dengan ramadan yang sudah separuh bulan ini. Wallahua'lam. Thanks sudi jengah... :)

1 orang bagi komen:

saya said...

Salam akak,

suka juga tadabbur surah ar-rahman. boleh nangis bila baca terjemahan tu :)

salam aidilfitri kakak sayang
<3!