Are you still in the campaign?

12:28 AM Faz.M 2 Comments

Assalamuaaikum...
Saya dah lama terpanggil untuk tulis artikel tentang ini. Tapi, saya bimbang jika apa yang saya kongsi buat saya jatuh kepada riak, ujub dan takkabur. Malam ini Hlovate telah sedarkan saya satu perkara. Betapa tak salah untuk kita tegaskan kenapa kita lakukan ini. Apa?
Boikot produk Israel.
Saya pernah tulis entri tentang ini. Bilamana saya sendiri pernah bermula boikot dan tergelincir. Disebabkan peristiwa di Syria tahun lepas, saat begitu ramai nyawa adik2 saya, saudara-saudara saya terkorban di sana. Saya tekad untuk mula semula. Dan kali ini saya betul2 beware dengan produk Israel yang telah di list kan. Sumber dari Aqsa Sharif. Saya 'cuba' untuk tidak makan/guna produk dari sumber mereka.
Bagaimana?
Sekarang dah banyak produk2 selain dari jenama yang kita dah biasa guna. Lagi2 produk tempatan. So, ambil inisiatif ini untuk tukar luar dari kebiasaan kita. Kita harus kuat, tekad dan istiqamah. Kira tahap menguji iman juga la ni. Takpe. Kita buat demi saudara2 Islam kita yang lain. Walaupun sumbangan kecil kita ini tak seberapa. Moga Allah menilai kebaikan yang cuba kita lakukan.
Jujur saya kata memang bukan mudah kerana kadang2 kita pun tak tahu apa yang orang lain guna dalam masakan mereka. Seperti di kedai makan dan bila berkunjung dirumah orang lain. Maka, kita tawakal sajalah. In shaa allah, Allah melihat apa yang kita lakukan dan maha mengetahui niat di hati kita.

Saya tahu dan percaya ada ramai lagi mereka diluar sana yang masih dalam kempen dan jihad yang sama. Kuatkan semangat kerana kita harus cuba lakukan sesuatu untuk saudara2 Islam kita di sana. And please. Don't forget to pray for Mesir, Syria, Gaza, Palestin, Rohingya, Malaysia and other muslim country. Doa adalah senjata kita. Amalkan Qunut Nazilah dalam setiap solat juga.
And for those who might be forget about Israel product. Here is the picture of it.
Moga Allah rahmati kita..
Jazakumullah pada yang sudi baca.. :)
p/s: Masih cuba menghafal qunut nazilah untuk dibaca setiap kali solat.

2 orang bagi komen:

Noor Adibah said...

Assalamualaikum, saya nampak awak komen di blog saya .. terima kasih :)

ameen.. ya rabbal alamin... moga2 doa awak dimakbulkan Allah..

Faz.M said...

Alhamdulillah...tq..moga kita dpt menjalin ukhwah antara kita ye... :)