Ramadan dan doa

12:04 PM Faz.M 0 Comments

Assalamualaikum...
Diam tak diam hari ni sudah masuk 12 Syawal. Maksudnya sudah 12 hari jugak la kita tinggalkan bulan ramadan. Baru 12 hari. Macam mana dengan tarbiah ramadan kita semua? masih kekal berbuat baik atau makin lama makin kurang lepas ramadan berlalu pergi?
Bagi saya, kesibukan urusan dunia akan buat kita lupa dengan segala ibadat yang kita pulun buat masa ramadan. Saya sedang ingatkan diri sendiri sebab sejak raya jadual hidup macam tak teratur. Moga Allah permudahkan segalanya selepas ini. Ameen. :)
Saya nak share satu perkara yang saya belajar ketika ramadan. Doa. Berapa ramai daripada kita yang betul2 yakin dengan doa yang kita panjatkan pada Allah. Itu yang saya belajar. Jangan sekali-kali kita perkecilkan doa yang kita pohon pada Allah. Sekecil-kecil doa itu semua Allah dengar. Jangan takut, jangan bimbang kerana Allah dengar. Yakin pada Allah. In shaa allah hilang keraguan dalam hati kita. Kita ni hamba. Memang patut kita berdoa pada Allah. Doa bukan saja boleh dilakukan selepas solat. Hatta kita bercakap dalam hati pun adalah doa. Contoh; "Ya Allah, permudahkan urusan aku untuk hari ini."
Jadi, saya mohon pada anda semua. Tolong istiqamah dalam doa buat saudara islam kita di mesir. Tak lupa juga di syria, gaza dan ankara serta di mana saja saudara islam kita berada. Doakan mereka selamat dan rejim as-sisi yang kejam dihancurkan.
Selain itu, ramadan juga mendidik saya untuk menjadi hamba yang selalu bersyukur dengan nikmat Allah SWT. Nikmat Allah pada kita tersangatlah banyak. Cuma kita ini yang harus sentiasa bersyukur. Lihat sajalah apa yang kita makan setiap kali kita berbuka puasa. Rakyat Malaysia yang mewah dengan makanan.
Alhamdulillah. Allah telah permudahkan semua urusan kerja saya sepanjang ramadan. Sibuk macam mana pun saya tetap punya masa tu mengaji dan solat sunat. Tengok. Allah itu sangat baik pada kita manusia. :)
itu saja.
Thanks sudi jengah. ;)

0 orang bagi komen: