Review: Miracle in Cell No. 7

8:08 AM Faz.M 2 Comments


Assalamualaikum...
Alhamdulillah..bermula lagi minggu baru dan dengan izin Allah saya masih lagi bernafas dan dapat menulis di sini. My hectic week will begin today. Heheh. Ada urgent order yang perlu di siapkan before 5/10. Orite, lets begin the story.

Last saturday saya berkesempatan tonton movie dari Korea. Miracle in Cell No. 7. Sejak nampak iklan di channel astro hati ni memang rasa tertarik nak menonton. So, cari dan download la. Dah lama jugak download. Ada la dalam 3 minggu macam tu. Hari tu baru berkesempatan menonton sambil tangan menjahit manik. Ha, gitu. Tangan mesti bergerak seiring dengan kerja ye kecuali sekarang ni la sebab tengah menaip. Huhu. Nak dijadikan cerita bila bukak video yang di download tu subtitle tiba2 hilang. Sebelum download dah make sure dah ada subtitle. Hehe. Mana nak faham if takde subtitlekan? No choice terpaksa la search di tenet n dapat la tengok.

It was truly miracle movie. Tak caya cuba la tengok. Meleleh air mata saya ni ha. Malam mencuci mata katanya. Hehe. Saya memang tak boleh la tengok cerita yang ada kaitan dengan budak2 ni. Touching tau. Cerita yang sangat menyentuh hati. Sekali fikir memang la tak logik macam mana seorang budak boleh duduk dalam penjara dengan bapa dia. Thats the reason why the movie was called Miracle in cell No. 7. If tak, mana la sesuai dengan jalan ceritakan?

Nak tahu sinopsis cerita boleh la google ye sebab saya just nak share opinion saya tentang movie ni. Saya rasa produksi filem Malaysia patut contohi filem2 seperti ini IF betul2 nak hasilkan filem yang terbaik. Lambakan filem sekarang pada saya semua klishe. Sama dan takde kelainan. Kalau ada pun filem dari KRU. Tapi, filem yang tunjuk sifat2 kemanusiaan macam filem ni memang susah nak ada n jumpa. Bukannya asyik buat cerita mengejar gengster di KL saja. Bukannya buat filem yang tunjuk aksi mat rempit tak sudah2. Bukannya buat filem yang bercinta bagai nak rak tak ikut syarak. Haila, kalau dah start cakap pasal ni memang tak boleh stop la. Maybe, sebab saya ni memang minat tengok movie. Kat rumah jela pun. Tak dan dah nak ke panggung. :)

Miracle in cell no. 7 menunjukkan kasih sayang seorang anak kecil yang bijak terhadap bapanya yang tak normal. Bayangkan bagaimana seorang bapa yang ada masalah terencat akal dapat bagi kasih sayang sepenuhnya buat anak perempuannya. Cerita ni jugak tunjuk pada kita akan kuasa yang di salah guna dan ketidakadilan seorang berpangkat tinggi. Hakikatnya, benda ni memang terjadi dekat mana2 pun. Cuma kita tahu dan tak tahu saja. Paling sedih part bila everytime Yesung nak balik lepas lawat bapa dia dekat penjara. Tersangatlah touching, sedih, pilu. Semua ada la. Bayangkan betapa rapatnya mereka berdua n suddenly terpaksa berpisah atas kesalahan yang dia tak buat. Memang nampak bapa Yesung dungu. Tapi, dia seorang yang baik n bijak.

Yesung yang tersangatlah comel dan pandai berlakon

Dari mula ke akhir cerita Yesung become a lawyer dan buka semula kes bapa dia untuk buktikan yang bapa dia tak bersalah. Dia mencuba sehabis baik walaupun bapa dia dah lama tinggalkan dia. Bapa dia kena hukuman mati atas kesalahan yang dia tak buat. How sad is it? Ok la, if korang ada masa boleh la search dan tonton this movie. Dijamin takkan rugi.

Yesung dah besar with Yesung kecik n her father.. :)
Jazakallah pada yang sudi jengah. :)

p/s: Memang tak boleh deny kualiti filem dari luar. Produksi filem negara kita kena work hard lagi rasanya.

2 orang bagi komen:

Awak dowload cerita ni dekat mana?

Faz.M said...

as-salam..maaf lambat reply..sy tak download sy tgk kat web sbb nak download xde subtitle..ni link dia..

http://bsyokmovies.blogspot.com/2013/09/blog-post_3739.html

boleh tgk dkt sini. sy xtau cmne nk download gne blogspot. penah search org tu kte pkai mozila. try2 tak blh. last2 sy tgk jela dkt situ. huhu. awk try la search download movie dr blogspot. maybe blh download.. :)