Istiqamah Hijrah

11:23 PM Faz.M 0 Comments

Assalamualaikum...
Bukan senang untuk manusia mendapat hidayah dan bukan semua manusia terpilih untuk mendapat hidayah. Simple saja sebab hidayah dan hati manusia itu adalah milik Allah.

Apabila seseorang yang namanya manusia itu menerima hidayah Allah dia akan berhijrah. Hijrah means changing for good. Dari yang buruk ke baik, dari yang baik kepada yang lebih baik.

Bila sudah terima hidayah dan berhijrah adakah kita perlu berasa lega dan berhenti setakat tu je? Tidak. Kita harus terus berjalan dan mencari segala keperluan hati menjadi kukuh dan utuh.

Istiqamah.

Perkataan penting selepas hijrah. Sebab kalau tak istiqamah makanya kita akan tetap berada pada tapak yang sama dan tak ke mana2. Jadi, harus terus mencari ilmu dan terus melakukan kebaikan.

Bunyi macam senangkan? Tapi, tak sebenarnya sebab kita ni manusia biasa yang imannya turun dan naik serta harus di top up semula. Saya sendiri pernah melalui fasa yang sama dan sedang melaluinya.

Makanya, apabila ada yang menegur kesilapan saya ia adalah teguran dari Allah buat saya. Terkejut, resah dan tak tahu langkah terbaik untuk atasinya. Maka, segalanya saya serah pada Allah kerana Dia maha mengetahui dan segala yang saya ada adalah kepunyaan Dia.

Tawakal. Satu lagi perkataan untuk kita yakin pada Allah jualah sebaik-baik perancang. Tak perlu takut, tak perlu risau kerana Allah sentiasa ada.

La Tahzan Innallahamaana.. :)

p/s: Alhamdulillah, Zafrien Closet trying to change for a better fashion collection for all muslimah out there.

P/s 2: Oh, ya..it's 2014 already..May this year will bring a lot of happiness for everyone. May Allah bless us.

0 orang bagi komen: