Hujan

12:11 PM Faz.M 0 Comments

Assalamualaikum....
2014 nerupakan permulaan tahun baru yang mencabar bagi negara Malaysia. Macam2 dugaan dan ujian Allah beri buat setiap diri kita yang kerdil ini.

Bermula dengan banjir,musim sejuk, panas tanpa hujan dan misteri kehilangan MH370. Tiada daya dan upaya kita sebagai hamba Allah untuk melawan kehendakNya. Apa yang kita mampu buat adalah doa, doa dan terus berdoa.

Saya masih ingat sepanjang musim kemarau yang lepas apabila satu pagi itu hujan mula turun air mata saya bergenang. Allah, nikmat Allah yang sangat saya rindui selama sebulan lebih itu. Terubat rindu ketika hujan membasahi bumi. Sangat gembira.

Alhamdulillah, dari saat itu sehingga semalam hujan masih membasahi bumi Kluang.

"Mana satu nikmat Tuhan yang mahu kamu dustakan."

Surah ar-Rahman: Ayat 13

Kelmarin saya ada share gambar hujan yang di ambil di depan rumah di Instagram dan Facebook. Hujan adalah rahmat dari Allah. Apabila saya kongsi sesuatu maksudnya saya sedang mengingatkan diri saya juga. Sebagai manusia kita harus saling ingat mengingati. :)

#Alhamdulillah Hujan is blessing from Allah. So, kenapa mesti mengeluh bila hujan turun? Syukuri nikmat Allah selagi Dia mahu memberi.. :)

Allahumma Soyyiban Nafi'a "Ya Allah, turunkanlah hujan yang bermanfaat."

p/s: Gambar kebesaran Allah haruslah #NoFilter.. #Alhamdulillah

0 orang bagi komen: