Allah, adakah ini ujian buat aku?

5:32 AM Faz.M 0 Comments

Assalamualaikum...
Apa khabar sahabat penjengah. Terima kasih jika ada yang masih sudi menjengah ke blog sepi ni. Disebabkan kesibukan mengurus hidup blog pun terbiar aje la. Al-maklum la saya pun bukan popular blogger yang 'harus' update blog setiap hari. But, then tahniah buat mereka yang masih bergelar blogger. I'm happy for them. :)

Beberapa waktu yang lepas masih terasa kesusahan saya untuk menampung kehidupan seharian. Inilah adat bekerja sendiri dan saya harus kuat untuk terima semua ni agar boleh teruskan.

Alhamdulillah, walau saya tidaklah punya wang yang berkepuk-kepuk. Tapi, walau tiada RM50 dalam simpanan saya masih dapat makan dan ada tempat tinggal. Ya, sekurang-kurangnya bila kita rasa kita sedang dalam kesempitan seperti itu kita harus melihat apa yang ada disekeliling kita agar kita menjadi hamba Allah yang lebih bersyukur.

Bila dikenang semula stress pun ada. Tapi, alhamdulillah syukur sebab saya masih mampu mengatasinya dengan adanya Allah disisi saya. Daripada Allah la saya mendapat kekuatan untuk terua positif tanpa melihat sisi lain sebagai penyebab kenapa perkara seperti itu terjadi.

Saya akui bila takde duit memang rasa susah sangat. Rasa useless pun ada. Saya asyik fikir dan cuba cari apa salah dan dosa saya sampai diuji sebegini. Saya jadi takut kalau2 ada buat salah yang saya tak nampak atau tiada keberkatan dalam mencari rezeki. At this point saya tak terfikir yang rupanya ini adalah ujian Allah buat saya. Saya just lalui hari macam biasa sampai satu saat baru saya tersedar. Allah, ini adalah ujian untuk aku. Macam serabut sangat sampai tak terfikir pasal tu.

Once dah sedar, saya mula caba untuk positif dengan apa yang sedang saya lalui. Macam mana? Saya banyak bercakap pada diri sendiri yang nikmat Allah tu subahanallah teramatlah banyak. Saya masih mampu tersenyum, ketawa, gembira dengan adanya famili disisi walau mereka tidak tahu exactly apa yang saya sedang tempuhi. Mungkin mereka hanya nampak tapi tak tahu saya sedang ada konflik dalam diri. Ayat dari surah ar-Rahman banyak kali saya ulang2 cakap pada diri. Paling beri kesan bila saya ingat ayat dari surah al-Baqarah ayat 216.

Subahanallah, memang betul la bila kita susah pada al-Quran la kita akan temui semua jawapan. Sebab tu walau apa pun jadi kita kena kembali kepada Quran dan hadis. Surat cinta dari Allah tu la sumber kekuatan pada saya untuk bangkit semula dan teruskan usaha untuk menjalani kehidupan seperti orang lain.

Mungkin sekarang belum masa saya untuk menjadi seorang peniaga yang berjaya dan established seperti kebanyakan pengusaha pakaian diluar sana. Jadi, sudah tentu saya tak boleh berhenti berusaha. Biar sedikit asal apa yang saya peroleh ada keberkatan disisi Allah.

Untuk kita terus positif apabila dilanda masalah atau ujian atau dugaan dalam hidup itu bukanlah sesuatu yang mudah. Petua paling senang bersangka baiklah pada Allah kerana Allah itu lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Apa yang penting susah macam mana pun jangan berhenti dari melakukan kebaikan. Allahu'alam. :)

P/s: Entri panjang berjela sekadar untuk berkongsi rasa. :)

Surah al-Baqarah: Ayat 216

0 orang bagi komen: