Pandangan Sinis

5:55 AM Faz.M 0 Comments

Assalamualaikum...
Dalam hidup siapa la yang tak mahu menjadi orang yang berjaya. Saya dibesarkan dalam kawasan yang majoriti suami isterinya bekerja. Saya berkisah tentang melayu islam yang berada dalam penempatan saya ini. Kebanyakkan famli dikawasan saya ini anak-anaknya berjaya dan pandai2.

Saya pula berada pada tahap sederhana. Ya, saya juga berpeluang merasa belajar pada tahap yang lebih tinggi. At least, melepasi tahap spm itu sudah cukup bagi saya dan saya gembira dengan apa yang sedang saya lakukan sekarang cuma ada sesetengah orang memandang serong dan menganggap saya seperti tidak bekerja hanya kerana saya bekerja dari rumah.

Pada saya apa yang nak dihairankan. Zaman sekarang ramai orang memang begitu. Istilah bekerja tak bermakna kau harus duduk dalam bilik air-cond sambil ketuk2 keyboard. Kalau kita memandang ia sebagai bekerja maka skop pemikiran kita adalah begitu. Bekerja adalah anda berada dalam sesebuah institusi dan jalankan apa yang dipertanggungjawabkan pada anda.

Berbeza jika kita memandang bahawa kita sedang mencari rezeki kerana bumi Allah ini luas. Jika apa yang kita usahakan itu tak salah dan halal apa lagi yang perlu kita bimbangkan. Atau saya perlu menjadi kakitangan kerajaan baru dianggap bekerja. Begitu?

Hakikat.

Inilah hakikat pemikiran masyarakat kita sekarang. Ya, memang saya akui pendapatan saya kadangkala tak menentu jika dibandingkan dengan mereka yang akan mendapat habuan setiap hujung bulan. Tapi, sekurang-kurangnya saya masih cuba untuk mencari rezeki buat menampung keperluan diri.

Banyak kali juga orang-orang veteran atau lama bercakap seolah-olah saya ini tak bekerja bila saya katakan yang saya ini bekerja sendiri dan bekerja dari rumah. Sebagai anak muda saya harus telan saja tanggapan mereka itu dan jadikan semangat untuk saya lebih berusaha untuk teruskan apa yang saya sedang lakukan.

Tapi, tak kaya-kaya pun?

Pada saya kalau matlamat utama kita untuk menjadi kaya kita akan mudah terjatuh ke bawah. Kenyataan yang mungkin akan disanggah oleh mereka yang terlibat dengan MLM. Hehe. Tapi, tak salah untuk mengimpikan menjadi kaya asal niat kita untuk membantu orang lain. Kan lebih seronok begitu. Mahu jadi kaya sebab nak tolong orang dan perbaiki diri. Bukan sekadar sebut aku nak kaya then tak tahu pun sebab apa nak kaya melainkan imagine ada duit yang banyak.

Hakikat. Masyarakat.

Benarlah. Memang sukar nak diubah pemikiran masyarakat. Mungkin jalan hidup anak-anak pak cik mak cik dalam mencari rezeki itu dipermudahkan Allah dan aturannya memang begitu. Tapi, pasti akan ada kurangnya dari sudut lain sebab manusia ini pasti diuji dengan bermacam-macam resam dunia. Antara sabar atau tidak mahupun teguh atau tidak saja untuk kita lalui setiap daripada ujian yang dah tertulis. Walau apa pun, usaha saya untuk perbaiki hidup saya takkan terhenti disini. Walau sedikit mana pun punca pendapatan saya, saya akan pastikan saya tetap akan bantu orang lain terutama sekali saudara-saudara saya di Palestin, Mesir, Gaza, Syria, Afrika dan juga Bosnia yang sedang dilanda banjir tika ini.

P/s: Cuba switch pemikiran kita dari mencari kerja kepada mencari rezeki. Paling best, cari rezeki untuk bantu orang lain. :)

0 orang bagi komen: