Kita boikot!

2:10 PM Faz.M 0 Comments

Assalamualaikum..
Salam aidilfitri buat semua penjengah. Lama sungguh blog sepi dibiar bersawang. So, hari ni nak share satu cerita di kala ramai orang sedang bersemangat untuk memboikot.

Boikot?
Apa tu?

Sudah 2 tahun sejak usaha boikot saya bermula. Apa yang saya boikot? Terus terang cakap masa mula-mula dulu saya sendiri tak tahu untuk apa saya boikot. But, then bila saya join usrah n dapat 1 pamplet tentang boikot barulah saya tahu. Pamplet yang tertera logo Mcd, coke, nestle dan Loreal.
Mcdonals.

Kenapa perlu boikot Mcdonalds?

At first, saya sendiri tak pasti kenapa kena boikot. Masa dapat pamplet tu la. Orang kata boikot. Then kita pun buta-buta la boikot. Tapi, sebabnya tak tau kenapa. Bila tak tau kenapa dengan mudahnya kita akan tersasar balik. Untuk sedapkan hati bila makan Mcd je cakap bukan niat kita nak buat macam tu. Kita cuma nak makan aje.

Takde niat vs nak makan aje.

Mcd kot. Bukan senang nak stop makan beger dia yang maveles tu. Lagi-lagi prosperity burger yang datang setahun sekali je. Don't denied. Saya pun macam tu juga sebelum betul-betul nekad untuk terus memboikot.
Selepas tu saya ingat lagi sampai sekarang apa yang membuatkan saya mula serius untuk boikot adalah apabila Israel menyerang Gaza pada bulan 8 tahun 2012. Seminggu sebelum tu saya dok syok-syok kunyah beger Mcd. Ha..nampak tak. Saya pun susah jugak nak mula. So, untuk bermula secara serius dan tekad saya mula cari info. Saya banyak refer pada website Aqsa Sharif atau nak lagi mudah just like page Aqsa Sharif. Sangat berinformasi.

Dari situ la saya tahu Mcdonals merupakan penyumbang terbesar kepada Israel selain coke. Mcd dan coke. Pergi Mcd makan beger dihidang sekali dengan coke. Dua kuasa besar telah bergabung di situ. Saya pernah share gambar macam mana dia menyumbang tu. Saya sendiri ada mengikuti perkembangan pihak Aqsa Sharif berdiskusi dengan pihak Mcdonals Malaysia tentang kenapa kena boikot Mcd. Mereka sendiri tak puas hati. Apesal pulak nak boikot aku ni sampai sale jatuh merudum.
Seingat saya perbincangan tu terhenti disitu selepas pihak Mcd sendiri tak boleh nafikan yang ada sumber mereka disalurkan kepada Israel. More info boleh cari di FB Aqsa Sharif sebab saya pun tak bape nak ingat dah.
Selepas Mcd dan Coke saya mula boikot produk Israel yang lain. Contoh macam Nestle. Banyak gila kot produk Nestle yang memang ramai orang guna. Contohnya Maggi, Milo, Kit Kat n etc. Alhamdulillah, dekat rumah memang takde dah produk nestle ni. Ajak famli sama-sama untuk boikot. Kalau nak senaraikan apa yang saya guna sekarang panjang berjela pulak entri ni. Hehe. Tapi, kita boleh aje cari alternatif lain sebab sekarang banyak produk yang seakan-akan sama. Kalau nak 100% sama taste dia tu mustahil la kan. Tak kisah la. Asalkan boleh teruskan hidup tanpa barang-barang israel.

Entri ni mungkin lambat di post masa ramai orang tengah berkobar-kobar nak boikot. Saya harap until now ramai di antara kita masih kekal boikot barang dari israel. Don't worry sebab as far as I know Mcd, Tesco dan pihak dari Irael sendiri terkesan dengan tindakan berani Malaysia menentang kekejaman mereka terhadap rakyat Palestin. Sampai Malaysian nak access FB dia pun dah di sekatnya. Tindakan yang kurang macho di situ. Sale di Tesco pun dah menunjukkan penurunan. So, mari teruskan boikot sebab selain doa inilah inisiatif kita untuk bantu saudara kita di sana. Untuk kita sama-sama angkat senjata bersama tentera al-Qassam mana mungkinkan? Nak qualified jadi tentera diaorang pun bukan mudah. So, terus istiqamah dalam usaha membantu saudara kita sama ada di Mesir, Gaza, Palestin, Afrika dan di mana sahaja saudara Islam kita berada. Bersatu dan berdoalah untuk mereka.

p/s: Nak boikot pun kena ada cara dan cari ilmu tentangnya. Bukan dengan cara kekasaran dan orang yang bekerja dekat premis tu pun kau nak boikot. Salah tu. Kita doakan Allah permudahkan urusan mereka dalam mencari rezeki. Ok. Peace! ✌

pengganti milo  pengganti maggi mi

0 orang bagi komen: