Persis Bidadari

1:02 AM Faz.M 0 Comments

Aku adalah ciptaan Ilahi
Mungkin bukan yang cantik menawan Lagikan jauh mencapai cantik rupawan Aku adalah ciptaan ilahi
Tidak cantik jauh dari sempurna
Tapi aku percaya satu
Bahawa ciptaan ilahi itu indah dan tiada kurangnya
Aku ciptaan ilahi
ditakdir Dia jadi begini
Bukan pintaku sebegitu
Tapi reda dengan qadaMu
Aku ciptaan ilahi
yang ditarik satu nikmatnya
tapi aku masih mensyukuri di beri peluang melihat dunia dengan sebelah mata ini
Aku ciptaan ilahi
mungkin tidak sempurna buat segelintir lelaki
tapi aku gembira begini
kerana Dia Maha menyayangi,
Maha mengasihani
Maha mengampuni
Aku ciptaan ilahi
mahu dipertemukan dengan lelaki yang memahami bahawa semua manusia dilahirkan sempurna tiada celanya kerana ciptaan ilahi itu
indah pada dasarnya
meski aku ini bukan
Persis Bidadari
Namun aku punya hati
Untuk disayangi
Untuk dicintai
Sebagaimana dia yang aku cari itu punya cinta yang utuh buat Ilahi...

0 orang bagi komen: