Memilih dan Terpilih

7:57 AM Faz.M 0 Comments

اسلم علیکم.....
Life is a about making choices. Dalam apa yang kita buat seharian dalam hidup kita semuanya atas pilihan kita sendiri. Subuh awal waktu atau subuh dinasour, apa kita nak makan untuk bekpes, lepas bekpes nak buat apa. Segala aktiviti semuanya bermula dengan satu pilihan.

Bagi saya pilihan yang paling besar untuk seorang wanita dalam hidup dia adalah memilih bakal suaminya. Setiap bulan ada saja yang naik pelamin. Saya terfikir orang yang ambil keputusan untuk berkahwin memang hebat sebab dia berani letak kepercayaan pada lelaki tu untuk jaga dia seumur hidup. It's a hard decision to make.

Bila kita ada someone yang tetiba bagi respon berbeza dengan kita while kita tengah single. We will start thinking, adakah dia jodoh aku? Adakah dia tercipta untuk aku? Atau semua ni mainan perasaan aje? Believe me. As a muslimah yang Allah dah catat dalam surah an-Nur untuk kita jaga aurat, jaga pergaulan. Bukannya kita boleh main terjah layan perasaan jiwang tak tentu hala.

Masa ni jugak la kena banyak fikir nak buat apa guna akal atau nak layan perasaan ikut hati. If we put Allah first, inside your heart doa pada Dia. Inshaallah, masalah akan settle. I tried and it works. :)

As a women kita tak boleh nak main sebat mana-mana guy yang datang approach or main ketuk2 pintu hati kita.    Sebab kuasa memilih di tangan kita. If u see that guy yang dah terang lagi nyata tak boleh masuk dalam dunia u. Agak2 nak terus layan perasaan atau just let it go?

Kecelaruan fikiran boleh buat kau hanyut. Seriously. Masa ni memang kena pulun doa banyak2 minta petunjuk pada Allah sebab kita lemah. Hanya Allah boleh bantu kita dalam segala hal. Once Allah dah beri kita jawapan, subahanallah rasa lega tenang cool tu datang terus bertakhta dalam hati. I've been there. Sebab tu berani story sini.

So, bila keliru kita akan ask our ownself sama ada kita ni terpilih atau sedang memilih. Oh, ya. Nampak sangat entri ni memang nak story pasal pasangan hidup. Haha. Ini efek dari kawan2 yang makin ramai tamat zaman bujang. Alhamdulillah. I'm happy for them sebab berjaya buat keputusan paling2 susah yang amat dalam hidup. Heheh. Barakallahufik buat kamu semua ye. ;)

Owh, belum habis bebel. Rasanya dalam situation ni kita lebih kepada memilih. Memilih apa yang terbaik untuk hidup kita di masa akan datang. Susah. Tapi, kena positif jugak la. Buat decision kerana Allah. Inshaallah, jalan hidup kita akan jadi lebih mudah.

I'm done. Wassalam. ♡

0 orang bagi komen: