Komen aku: Hunger Game Mocking Jay

1:50 PM Faz.M 0 Comments

اسلم علیکم...
Semalam lepas 3 tahun tak menonton wayang saya with my kakak n adik pegi tengok wayang. Movie yang dipilih is Hunger Game Mocking Jay. Actually, dah promised dengan my adik bongsu nak bawak tengok wayang since she really love this movie. Memang akan tengok setiap filem.

Saya yang mula2 takut nak tengok pun  join sekali lepas tengok yang 1st dan 2nd di rumah. Filem yang di garap dari novel terkenal ke layar perak. Movie yang banyak berkisar tentang pengorbanan. Sangat best. Lain dari yang lain n believe me. You will never regret.

Untuk filem yang ke-3 kebangkitan rakyat untuk menentang pemimpin yang zalim sudah bermula. The real war orang cakap sebab pak cik tu memang kejam ok.

Masa scene Katniss pergi balik ke district 12 yang dah hancur lebur di buat army serta merta saya terbayang kehancuran di bumi Syria dan Gaza. Tak tahu kenapa boleh rasa macam tu. Tapi, bila tengok scene tu yang bangunan dah pecah2 kena bom sama macam situasi dekat sana.

Satu lagi scene lepas Katniss keluar dari hospital district 8. Army terus datang serang hospital tu dengan turunkan bom sebab ramai orang dalam hospital tu support Katniss. Semua orang dalam tu mati. Sama macam strategi Israel yang serang hospital bila mereka tak mampu buat apa2 pun. Kejam kan?

Saya tak pasti sama ada orang lain boleh nampak apa yang saya nampak. Maybe this movie nak tunjuk sesuatu kepada dunia supaya stop bunuh orang yang tak bersalah dan berdosa.

Lastly, for me setiap movie Hunger Game tersangatlah istimewa. How they can come out with sort of movie. I really love it. Will be waiting for the last part of Hunger Game next year. Inshaallah...

0 orang bagi komen: