Kurus vs Sihat

7:33 PM Faz.M 0 Comments

اسلم علیکم....
Bertubuh kurus dan slim sentiasa menjadi idaman setiap wanita. Bila bertubuh besar ni mostly ramai yang akan hilang confident pada diri. Nak pegi mana2, nak pakai baju apa2. Semua jadi tak kena. Bila jadi macam ni ramai pulak yang ambil jalan pintas dengan ambil produk cepat kurus.

Masa study dulu saya pernah merasa bertubuh kurus. Time tu tak kisah sangat pun berat berapa. Siap nak amek produk untuk tambah berat badan lagi sebab dah kategori underwight masa tu.

But, then bila umur makin meningkat, berat badan pun alahai senangnya nak bertambah. Makan sikit berat terus naik. Kalau dulu sibuk nak tambah berat, sekarang risau berat tak turun2 pulak. Hehe..

Saya takut nak mencuba segala macam jenis produk yang ada di pasaran. Sebab takut akan efek di masa akan datang. All those product comes from chemical process. Sebab tu tak berani nak amek produk yang aneh2 tu. Produk putihkan satu badan tu lagi la menakutkan. Semua tu sementara aje. My sis suka try benda2 gini n apa yg saya nampak. Masa pakai memang kulit jadi flawless cantik aje. Tapi, once u stop take the product muka jadi sedia kala. Benda tu semua tak bersifat kekal pun plus kita kena invest banyak duit untuk nampak cantik.

So, pada saya if u wanna be kurus jangan amek jalan mudah. Telan aje semua produk2 tu. Siapa kata tak makan produk aneh2 tu berat tak boleh turun? Saya buat research cara terbaik untuk turunkan berat badan adalah jaga pemakanan dan exercise yang berterusan.

Tang ni memang kena kuat semangat sebab sekarang pun saya dah stop jogging n makan malam. Hehe. Time tengah istiqamah tu kemain tetiap malam berjogging ko. Malam memang tak amek heavy food. Portion makanan pun sangatlah jaga.

Breakfast pepagi dah amek n masa tu saya makan telur separuh masak dengan jus tomato susu. Sehari just minum sekali je air manis. No junk food. No desert. Sebab saya suka makan manis. Nasi tetap amek sebab saya ada gastrik. So, tak berani nak skip nasi. Tapi, portion nasi satu senduk aje. Sampai sekarang portion nasi kena jaga. Malam is no nasi ok. Heheh.

Sebenarnya kita kena tau apa yang baik untuk tubuh badan kita. Senaman memang penting untuk kita. Kalau tak nak senam pun kena buat kerja2 rumah macam menyapu, mengemop, berkebun. Kena amek tau info2 tentang berapa banyak kalori bagi makanan yang kita amek dan apa yang kita perlu lakukan untuk buang balik kalori kita tu. Yang penting adalah ada badan yang sihat.

We need to take care of ourself sebab Allah dah beri kita nikmat tubuh badan yang sempurna. Kalaup pun kita rasa demam, selsema atau pening kepala. Jantung kita masih sihat, anggota badan kita masih berfungsi dengan baik. Sebab tu sihat itu lebih penting daripada kurus. Kita kena jaga amanah yang Allah beri pada kita dengan baik. Ini yang saya belajar dari diet yang seimbang. Makan macam2 memang la syok. But, don't forget untuk jaga amanah yang Allaj beri ni dengan baik.

P/s: Forget about wanna looking kurus and slim. Tapi, fikir untuk sihat supaya dapat lebih beribadat pada Allah Taala. ;)

0 orang bagi komen: