Hikmah Jodoh: Hey Miss Single!

10:54 AM Faz.M 0 Comments

Assalamualaikum....
Sejak 2 menjak dah beromo 27 ni makin rancak pulak kawan2 invite wedding dorang dekat FB. Kita pun admit la gelabah semacam sebab calon pun takde lagi. Haha.

Sampai terlupa yang semua ni kan ketentuan Allah. Cepat atau lambat. Ada atau takde je. Nothing to be worry about.

Demi menghindar segala aura negatif membelenggu diri. Saya pun start questioning myself. Am I ready to be a good wife or mom? Am I good enough to get a good husband? Semua tu bermain di fikiran. Plus saya betul2 nak follow baitulmuslim.

Saya juga ada terfikir. Sebagai anak perempuan yang apabila berkahwin akan tinggalkan mak ayah. Lagi pulak mak dengan ayah dah pencen dua2. Sebenarnya hikmah terbesar yang Allah beri pada saya is Allah masih beri peluang pada saya untuk berbakti kepada ibu dan ayah saya.

Allah masih beri peluang untuk saya jaga mereka. Tengok2 kan mereka. Syukur Alhamdulillah. Bayangkan kalau saya dah berkahwin. Pulak tu berjauhan dari mak ayah. Nak kena bagi masa pada suami dan anak2. Entah mak ayah tu jatuh ke nombor berapa dalam list untuk kita ambil berat dan jaga mereka.

U know, until now my parents want the best for me. Tapi, anak2 ni kadang selfish. Asik fikir diri sendiri aje. Takde nak fikir pasal mak ayah.

But, takde la saya kata kawen tu salah. Itu memang dah jodoh awak semua datang dulu. Dan siapa2 yang berkahwin ni pun sangatlah beruntung. Dapat kumpul pahala jaga suami dan anak2 pulak. Untungkan?

Sebenarnya sebelum melihat kelebihan orang lain kita kena bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang. Allah memberi cukup untuk kita semua. Takde yang kurang pun kalau kita benar2 bersyukur dengan setiap pemberian yang Allah beri.

Kata kuncinya sekarang adalah bersyukur. So, buat semua awak2 yg still single macam saya, just be positive and happy and bless with ur life now ok. 😊

0 orang bagi komen: