Perginya seorang pemimpin

4:04 PM Faz.M 0 Comments

اسلم علیکم...
12/2/2015 Malaysia di kejutkan dengan perginya seorang pemimpin yang di sayangi oleh berjuta rakyat Malaysia. Saya sendiri bila dengar je berita tu macam percaya tak percaya sebab dah banyak kali rumors tentang Almarhum TG Nik Aziz pulang kerahmatullah tersebar. But, this time it really happen n once my sis inform the news air mata terus bergenang.

Yes, I don't know him personally. 2,3 tahun ni baru amek tahu perkembangan hidupnya. Baru nak amek tahu sejarah hidupnya. Istimewanya TGNA is bila tengok wajahnya walaupun hanya sekadar gambar hati kita jadi tenang. Apabila berbicara katanya penuh hemah namun tegas.

The truth is Malaysia telah kehilangan ilmuan agama yang sangat berharga. Mana mungkin ada gantinya. Saya suka melihat cara hidup Almarhum yang begitu sederhana. Tidak perlu rumah besar lagi mewah. Tidak perlu persalinan untuk dimegah-megah. Tidak perlu berjalan bersama kereta mewah. Hidupnya dipenuhi dengan mengikut sunnah.

Tell me if u really know any other leader yang sama seperti Almarhum di Malaysia. Rela tinggal di rumah biasa bersebelahan dengan masjid. Hanya berapa langkah sudah tiba di pintu masjid. Dan beliau gembira dengan cara begitu. Saya ada terbaca berkenaan dengannya yang tidak mahu tidur di atas katil kerana bimbang tak dapat berjaga untuk tahajjud. Terus teringat kisah Nabi Muhammad Sallahu Alayhi Wassalam yang tidur di lantai batu beralaskan tikar nipis kerana perkara yang sama.

Di saat semua orang sibuk mengejar kemewahan dunia. Beliau memilih untuk bersederhana. Subahanallah. Saya sendiri bertanya pada diri. Mampukah saya menjalani kehidupan sesederhana beliau.

Sesungguhnya, orang yang baik itu kehilangannya akan dirindui. Sungguh beliau sangat istimewa. Berehatlah wahai Tuan Guru Nik Aziz. Semoga engkau tenang di sana.

Al-fatihah..

0 orang bagi komen: