Sotong dah habis

7:40 AM Faz.M 0 Comments

Assalamualaikum...
Finally satu siri drama siaran astro habis jugak semalam. Tak payah sebut pun semua orang tau kot drama apa tu. Baiklah bunyi mukadimah macam daku ini peminat setia drama tersebut. Chop! Wait a second!

Pendapat saya ni mungkin ada yang agree dan ada yang tak. 100% sure yang disagree of coz la peminat kepada para pelakonnya or drama tersebut. Minta maaf cakap, drama tersebut tersangatlah rendah moralnya dan tak patut disiarkan. Macam tahap s__pa_ pun ada jugak.

Amboi, main kasar nampak. Cakap camni mesti pernah tengok jugakkan?

Yes, kena la admit memang pernah tengok full untuk episod 1. Pastu  macam tak boleh pergi dengan drama ni. Mak geli2 nyah. Hehe. Pastu kemuncak rasa tak setujunya is bila the heroin yang dah KAHWIN boleh 'termengandung' anak lelaki lain. What??

Cerita camni ke kau nak remaja2 kita tengok. Dengan mudahnya mereka akan terpengaruh dan berkata. Owh, kalau dah kahwin tak salah untuk ada boypreng lain pastu tidur satu bilik pastu terromantik pastu touch2. It's ok untuk buat semua tu.

Kalau betul la content dalam novel 100% sama macam drama saya tak teragak2 nak blame the writer. Mana tanggungjawab awak as a writer nak create story yang tak bawak faedah macam tu. Stop saying that itu adalah masalah sosial dekat Malaysia or nak bagi kesedaran pada mereka yang buat camtu. Tapi, apa dorang kisah pun yang penting novel aku bestseller siap jadi drama lagi. Kau apa tau.

Jadi sila bergembira dan berseronok sekarang sebab satu masa nanti Allah akan tanya balik, what have u done to ur community? Ha, gegel kau nak menjawabkan.

Cerita yang baik bermula dengan nilai2 yang positif. Bukan negatif sampai ke sudah. Kalau ada yang negatif pun jangan create cerita begini la. Banyak lagi masalah sosial lain yang boleh dijadikan bahan cerita.

Paling tak boleh blah lagi. Dalam seminggu tu boleh kata almost everyday ada ulangan drama ni. What for la bayar astro untuk tengok movie ulangan hari2 kan? But, then dah jadi tredmark astro la pun ulang cerita sama tiap jari. Lol.

I just hope siaran tv espeacilly take note pasal ni. Keluarkan lah cerita yang bawak manfaat untuk semua. Sangat mengecewakan apabila industri seni sepatutnya lebih kreatif tapi tersekat dengan basic story dari novel2 di pasaran. Mana perginya penulis skrip yang hebat2 kat Malaysia ni? Create story yang menunjukkan ciri2 muslim yang baik agar Islam terus berkembang. Bukan dengan menjatuhkan lagi imej bangsa dan agama kita sendiri.

Kita semua ni adalah khalifah. Ini tanggungjawab kita bersama untuk mencantikkan lagi imej Islam yang kian tercalar.

P/s: Sambal sotong sangat sedap di makan. THE END.

0 orang bagi komen: