Random thought #3

5:48 AM Faz.M 0 Comments

Bila cakap soal kerja apa yg saya buat takde la hebat mana pun. Sebab kerja sendiri je. Order pun Alhamdulillah cukup untuk tampung diri sendiri. Bila ada lebih kita share satu famli. But, then bukan itu pokoknya. Pokoknya is susah nak buat orang faham yang kerja saya ni jugak dibayar atas kemahiran yang saya dah tuntut selama 3 tahun dan bersusah payah kerananya. Orang yang menempah bukan kisah semua tu. Dorang cuma nak murah dengan alasan harga benang, zip, cangkuk tak sampai RM10 pun. Hamboi. Yang kita dok berdiri lama potong kain bila malam sakit kaki bukan dorang nak kisah pun. Bila kita menjahit duduk lama sampai kematu punggung bukan dorang nak amek kira semua tu. Plus masa jugak is the factor to pay for our service as a tailor. Lagi2 yang dah berkeluarga. Single cam saya ni takpe lagi la kot. Kalau orang lain yg keje opis hour tu ada masanya. Kami tailor/designer pun sama la jugak. In fact, kami ni keje tak tentu masa. Boleh bawak sampai ke pagi buta nak nyiapkan mekome punya baju tau. Dah tu nak murah lagi. Gst lagi. Kami yang tailor ni la sakit kena bayo gst tapi tak boleh nak caj sebab tak register. Kang tak pasai kena saman. Apa boleh buat. Sabor jela. Harap2 ada yang paham le ye. Jangan nak murah semedang.

#BebelCikTailor #Sekian

0 orang bagi komen: