Random thought #6

9:03 AM Faz.M 0 Comments

Kalau ada orang tanya aku kenapa aku minat buku. Serius aku tak tahu nak jawab apa. Aku minat baca. Tapi, jarang membaca. Kalau baca novel tu 3 hari boleh settle. Sampai part buku ilmiah sikit mau setahun tak habes2. Sebab baca buku gitu nak kena fokus. Baca novel ada part tak gemor aku skip aje.
Aku suka baca tapi tak suka hafal. Aku susah nak ingat sebab tu time sejarah time nak spm dulu bekeping2 nota aku tulis balik nak bagi otak tepu ni mengingat.
Aku suka baca walau adik selalu kata, "Dalam famli kita takde yang suka membaca. Acah2 baca ada la." Cakap sambil jeling2 aku. Tengok. Saja nak lunturkan semangat aku. Akak baca la dik. Tapi lambat habis. Tak kisah la. Buku biografi Nabi Muhammad Sallahu Alayhi Wassalam aku habis baca dalam masa seminggu. Kira terer la tu kan. Sekarang dah jarang baca novel sebab dah bosan dengan jalan cerita angan2 yang mana mungkin jadi realiti. Kalau ada buku Hlovate yang tu wajib beli.
P/s: Baru balik PBAKL..semangat la cerita pasai buku.

0 orang bagi komen: