Random thought #7

10:24 PM Faz.M 0 Comments

Satu hari dalam perjalanan pulang ke kampung.

"Ayin, umur kau berapa?" Kata akak aku.

"27. Kenapa?" Tanya aku.

"Kau kena kawen la. Mak kawen umur 24 tau." Sambung dia lagi.

Aku jawab. "Habis. Dah takde calon nak buat macam mana. Kau carikan la."

Pastu dia dok bebel lagi suruh aku kawen la cepat.

Aku? Entah. Stress ke? Tak pulak. Rasa biasa je. Memang la ada fikir. But, kalau kita dah ada calon boleh la terus ke next level.

Masalahnya memang takde. Jadinya, tak amek pusing sangat soal ni plus nak cari suami bukan boleh main pilih dan ajak kahwin.

My adik blogger yang comel lagi baik pesan yang Allah is preparing someone for me. I never know neither everyone else. Only He knows who is the right person to be my Zauj.

Dalam hidup ni kita bukan kena fikir soal jodoh aje. Persediaan untuk mati tu lebih penting. Itu yang saya selalu remind dalam diri. Sebab tu la tak fikir sangat soal kahwin.

Orang yang cepat bertemu jodoh tentu ada hikmahnya. Saya yang lambat bertemu jodoh sudah tentu juga ada hikmahnya. Just be happy with your life. Ketentuan Allah tu cantik dan tepat pada masanya.

Allah sedang beri saya masa untuk berbakti pada mak ayah dulu sebelum fokus pada hidup sendiri di kemudian hari.

P/s: Jodoh tu rahsia Allah. Mungkin saya akan jumpa jodoh hari ni dan esok kawen. Siapa taukan?

0 orang bagi komen: