Dunia Aneh

11:18 AM Faz.M 0 Comments

بسم اللة الرحمن الرحيم...
Kadang-kadang aku rasa dunia ni aneh.

Ada seorang wanita non muslim tiba-tiba rasa berhijab itu buat dia rasa selamat. Lalu dia pun terus berhijab dalam keadaan dia masih bukan islam.

Hikmah terbesar menghampiri. Si gadis tadi kembali kepada fitrah Islam agama hakiki.

Dan.

Tiba-tiba pula ada seorang wanita yang lahirnya Islam. Tapi, bermegah menayang tubuh sana dan sini.

Bertambah sedih. Katanya ibu bapa memberi izin. Allahu.

Sedih.
Simpati.

Itu yang aku rasa kini.

Rasa kasihan itu menggunung tinggi hingga asyik berfikir-fikir tentangnya.

Sungguh.

Aku hanya mampu berdoa semoga Allah selamatkan dan lindungi kita para wanita. Supaya Allah bukakan mata dan hati wanita semua betapa pentingnya menjaga aurat menutup seluruh tubuh dari pandangan mata sang lelaki di luar sana.

Wanita dan Aurat.

Jagalah.
Ia satu perintah.
Sudah termaktub dalam al-furqan sekian lamanya.

Jangan terus ingkar.
Tutupilah ia.

0 orang bagi komen: