Fashion victim

4:36 PM Faz.M 0 Comments

Assalamualaikum...
Tajuk yang dah lama jugak tak huraikan. Time study dulu term ni selalu jadi mainan kita orang antara rakan sekelas. Lagi-lagi bila pakai baju yang macam tak kena dengan mata masing-masing.
To be honest. Belajar tentang fesyen memang best dan fun. Since I was 11 memang dah letak dalam column cita2 nak jadi Fashion Designer. But, u know it's not that easy. Kita boleh berangan dan design macam2 design. But, untuk menghasilkannya sangatlah susah. 

Some more, dunia kanak2 11 tahun dan dunia kini berbeza. Sekarang tak payah belajar fesyen pun dah boleh jadi deaigner. As long as kau ada produk jual online ramai orang beli sampai sale meletup and have your own boutique. And yes, tu rezki masing2.

So, masa study it's time for u to try design as best as u can. Something different will make u look good. Lagi susah design lagi ramai orang akan berkata wow pada kau. But, then after a while I realize that being a designer is a 'Tanggungjawab'.

You can create anything that u like. Anything that make everybody says your design is stunning! Daebak! Clap clap. Tapi, kalau apa yang dihasilkan tu tak patuh syariat kau yang akan menjawab nanti because fashion is related to women. Sangat. Walaupun lelaki ada fesyen mereka sendiri. Baiknye Allah untuk golongan wanita diberi peluang untuk berhias. Namun, perlu ada batas2nya.
Semalam viral 1 video gadis or popular label now as hijabista memakai pakaian ala ala anime jepun. Tak salah nak berfesyen. Tapi, memanggil pakaian sebegini as patuh syariah pada saya sangatlah tidak patut. Hendak berhias biarlah sederhana because menutup aurat itu tidak hanya pada menutup rambut dan kepala. Yes, as an ex fashion student apa yang mereka pakai memang nampak cantik dan cute. Cantik dari segi design dan material yang di gunakan and how u carry the outfit.


Tapi, pada saya ia sangat tidak bersesuaian dengan budaya kita. Tak sesuai jugak dengan keadaan cuaca. Tak sesuai jugak dengan suasana. U know. Sekarang ni berlambak trend jubah or abaya or dress yang patuh syariah. Longgar, tak ikut bentuk badan da lebih selesa di pakai. So, kenapa perlu berhabis beratus ringgit hanya kerana nak nampak cantik pada mata orang tapi tidak pada pandangan Allah.


Berfesyen tu memang tak salah. Apa yang salah adalah bila kita terlalu berlebih-lebihan sampai kadang2 mengundang fitnah. Hati-hati. Jangan sampai jadi mangsa fesyen ye adik-adik.

0 orang bagi komen: