RM50

9:05 AM Faz.M 0 Comments

Assalamualaikum...
Entri ni mungkin akan jadi satu entri untuk meluah rasa. Bekerja sendiri boleh jadi satu kelebihan dan boleh juga jadi satu kesukaran. Actually it depends on how you control your money flow. Kata seorang rakan accounting tersangatlah penting bila kerja sendiri. If not you will be kuli dalam bisnes sendiri.

Ada bisnes memang nampak seronok. Orang akan fikir.

"Wah, best la kerja kat rumah."

But, behind of the story. We never know apa yang seseorang tu work on their life. Sampaikan ada yang senang2 nak ambil kesempatan.

Dalam masa sekarang yang penuh mencabar ni. Mana dengan gst nye. Harga barang naik lagi. Please consider that saya dan anda adalah sama. We've been through the same hard situation.

Kalau ada orang nak menempah jubah sepasang dengan harga RM45 sudah mengeluh. Pernah terfikir tak yang mungkin RM45 itu sajalah pendapatnya untuk bulan itu. Jangan hanya ambil kira harga benang yang cuma RM1 tak habis untuk buat sepasang baju.

Tapi, ambil kiralah segala kemahiran yang di tuntut selama 3 tahun dan tenaga yang dikeluarkan untuk menyiapkan sepasang baju itu. Bukan itu saja. Kira jugalah elektrik yang digunakan untuk siapkan baju awak itu. Dari lampu, mesin jahit dan iron baju.

Semuanya adalah kos. Kos untuk fokus siapkan sepasang baju milik awak. Jangan compare dengan harga ready made siap kain sekali. Sebab tenaga kerja untuk sepasang baju ready made adalah ramai. Bukan guna seorang untuk siapkan sepasang baju terus.

Kerja mereka di bahagikan mengikut work station masing2. Ada yang memotong, menggosok, menjahit kemasan leher, mencantum badan dan lengan, kemasan pinggang. No wonder la mak cik saya yang bekerja di kilang jahit berpuluh tahun hanya tahu menjahit baju kurung.

Jadi, jangan compare kerja individu untuk sepasang baju dengan kerja tangan ramai untuk siapkan sepasang baju. Tersangatlah berbeza. And please, hargailah usahawan kecil macam saya yang nak mencari rezeki dalam dunia besar yang penuh cabaran ini.

#LuahanHatiKecilSiTukangJahit

P/s: Saya juga berusaha mencari rezeki sama seperti anda. ☺

0 orang bagi komen: