Kecewa frust

5:41 PM Faz.M 0 Comments

Bismilahirahmnirahim...
Saya percaya semua orang pernah melalui kekecewaan dalam hidup. Kekecewaan adalah ujian dalam hidup. Sebenarnya susah atau senang dalam hidup manusia itu adalah ujian dari Allah Taala. Yang membezakannya adalah apabila kita manusia ni ingat atau tak pada Allah.

How you overcome your frustration?

Saya pernah rasa teramat kecewa dalam hidup during my teenager phase. Kecewa yang jenis berhari2 menangis. During that time kekuatan saya adalah Allah. Hanya pada Allah tempat saya bermohon untuk diberi kekuatan.

Tapi, masa tu budak lagi. Mana faham ertinya ujian. Yang tau nya sedih, kecewa dan menangis. Klise sangatlahkan. Haha.

But, then bila makin meningkat dewasa. Saya makin faham ertinya kecewa dan ujian and how to manage my own feeling. Sebenarnya tiap apa yang jadi dalam kehidupan seharian kita merupakan ujian dari Allah.

Bezanya cuma pada bentuk2 ujian yang diberi. Ada orang yang kaya raya dan kita pun nak jadi macam orang tu. Padahal, segala kekayaan, kemewahan yang Allah beri pada dia tu adalah ujian sama ada ingat ke tak pada Allah masa Allah beri kesenangan dalam hidup.
Sebab ramai orang bila susah baru nak ingat Allah. Masa senang tengah happy sebut Allah pun tak. Macam mana katanya tu ingat Allah?

Apa yang saya kongsikan di sini juga adalah peringatan buat diri saya. So, don't expect yang saya ni bajet good2 untuk cakap macam ni. Sambil menulis sambil muhasabah diri. Itu yang saya selalu lakukan. Ujian tu tiap hari tiap saat akan datang pada kita. Dalam kita sedar atau pun tak. Sama ada kecil ataupun besar. 

Ada satu hari tu saya terilham untuk menulis quote ini. Saya suka tulis apa yang terlintas dalam fikiran dan tampalkan pada dinding. Ini sebagai peringatan pada saya supaya jangan terlalu lemah kerana Allah tu sentiasa ada.

"Kegagalan terbesar dalam hidup adalah apabila kita berputus asa dengan rahmat Allah."

Rahmat Allah tu sangat luas. Jadi jangan cepat berputus asa. Sekali gagal, cuba lagi dan cuba lagi. Macam lagu Lah ft Malique tu.

Ku cuba berkali-kali
Masih tak menjadi-jadi
Tapi ku tak patah hati
Tiap kali gagal aku cuba lagi

Lagu yang membawa banyak maksud tersirat. So, hargai hari2 anda. Jangan mudah putus asa and keep trying to make your life better. Inshaallah.

0 orang bagi komen: