Mati, Pasti

9:44 AM Faz.M 0 Comments

Bismillahirahmanirahim...
Sepanjang minggu lepas negara kita dikejutkan dengan perginya mereka yang kita kenali. Walaupun tak pernah bersua muka. Entah kenapa terasa sungguh kehilangan mereka. Tiada siapa menyangka dan menduga. Mati itu datang pada orang biasa juga kerabat diraja.

I've been following TJ's IG for a quite long time. Since TJ aktif share his activities on IG. Kita sendiri semua tahu yang TJ hidap kanser. Tapi, siapa sangka yang TJ akan dijemput ilahi seawal ini. Dalam usia 25 tahun. Allah lebih menyayangi beliau. Kita sebagai saudara seislam and of coz sebagai rakyat Johor will always pray for him.

Walaupun tak pernah jumpa TJ personally. Tapi, sungguh setiap keletahnya dekat dihati. Dengan hanya melihat gambar rasa sayang wujud untuk putera raja berhati luhur ini. Berstatus anak kerabat bukan penghalang untuknya bersama2 dengan orang kebanyakan. Last time, when sultan came here. TJ sendiri minta maaf sebab tak dapat join since he was sick. Tapi, takpe kami faham.

Sungguh kehilangan Pak Yus, seniwati Mariani dan Tunku Jalil memberi impak besar dalam diri saya sendiri. Orang biasa yang tak punya apa2. Adakah kehilangan saya akan memberi kesan pada orang lain atau berlalu begitu saja. Sungguh kehilangan mereka buat saya sedar mati itu cuma sejengkal saja dekatnya dengan kita. We never know. Kita cuma perlu bersedia. Persiapkan diri untuk akhirat yang kekal abadi.

Moga roh mereka di tempatkan di kalangan orang beriman.

Allahumma firlahu warhamhu waafihii wa'fuanhu

P/s: Kalau boleh kami mahu tanggung sedikit sarat duka di hati Tuanku. Tabahlah Tuanku, anakandamu sedang berehat di sana. ��

0 orang bagi komen: