Sakit berpakej

11:31 PM Faz.M 0 Comments

Bismillahirahmanirahim...
Alhamdulillah..syukur after 1 and a half week batuk semakin berkurangan. Al-kisah tewas juga akhirnya pabila berjangkit dengan adik bongsu kita yang dok syok makan tembikai sampai demam. Hahah.

Since  amalkan makan habatussauda memang jarang sangat sakit. Tapi, sekali sekala Allah nak bgi sakit buat kifarah dosa bertimbun-timbun apa salahnya. Selalu batuk memang amek masa nak baik.

Alhamdulillah..
Tanpa sentuh ubat batuk dalam masa seminggu lebih je dah baik batuk ni. Saya just konsisten dengan habatussauda dan minum air madu lemon setiap pagi. Syukur sangat. Takde rugi pun amalkan makanan sunnah ni tau.

Demam pun just panas dalam aje. 2 hari dah ok. Alhamdulillah. Sakit2 jugak. Kerja tetap diteruskan tau. Syukur lagi, rezeki menjahit tak putus2..

Kesimpulannya, sangat bersyukur di atas segala nikmat yang Allah beri dari lahir sampai sekarang.

ALHAMDULILLAH...

Ni je yang boleh telan masa batuk hari tu..
Bubur+sup telur+honey lemon

0 orang bagi komen: