Tinggalkan Maxis tukar ke One Xox

9:07 PM Faz.M 0 Comments

Bismillahirahmanirahim...

Dah bertahun lamanya aku guna line Maxis ni. Since my 1st henpon lagi. Pastu lama2 rasa bengang la kan sebab pikir kena topup untuk stay active tapi tak guna pun kreditnye. Sampai dah bekepuk2 dekat situ. Mana tak nya kalau seminggu topup RM10 atau sebulan RM30 tapi gunanya tak sampai RM10. Lepas sebulan nak kena topup lagi. Tak berbaloi la kan.

Lagi pulak aku ni bekerja dekat rumah. Nak purchase data pun rugi la sebab rumah ada wifi. Sebab tula kredit jadi banyak gitu. Nak dijadikan citernye. Ternampak la Sham Kamikaze dok promote one xox ni dekat Ig dia. Terus rasa nak tukar.

Reason no. 1 is sebab takyah topup sampai 2tahun. Maksudnya kau topup RM5 pun tempoh aktif nombor kau sampai 2tahun. Pastu bila kau topup, tempoh aktif tu pun bertambah tau. Bukan kekal kat situ jek.

Memang la orang akan persoalkan apa tu One Xox? Ok ke line dia. So far dah guna dekat 2 bulan ni ok je line telefon dia. Teruk lagi maxis kot sebab bila aku masuk bilik tidur aku terus takde line. Pehal ntah. Tak paham aku.

One xox ni ramai orang pilih sebab offer langganan internetnye. If kau purchase untuk sebulan 1.5gb RM28. Em..ini yang aku tak bape gemar pasal one xox nih. Yela. Mana ada benda yang perfect terus buat kau puas hatikan. Line dia memang laju la. Takde masalah gambo untuk loading. Tapi, laju sangat pun tak best gak. Laju jugak la data dia bejalan.

Disebabkan rumah ada wifi and most of the time aku dekat rumah memang agak tak logik la nak purchase Untuk sebulan punya kan. So, bila aku keluar rumah baru la aku akan purchase data internet. Pakej biasa dia pulak terlalu mahal untuk aku. RM7 150mb untuk satu hari. Rasa rugi la sebab sampai RM7. Pastu untuk seminggu RM10 250mb je dia bagi. Agak sedih aku di situ ye.
Ni aku balik kampung 2 hari purchase la untuk seminggu punya. Kejap je abes. Bila dah dapat mesej kata kuota dah 80% dia soh purchase lagi. Aku try la purchase yyang 200mb. Bak, amekaw. RM10 oi. Kayo la one xox gitu kan. Aku rasa better Xox fixkan la bende ni. Sehari bagi aku RM5 untuk 150mb ok dah. Seminggu kau nak tekan RM10 pun boleh. Tambah la data sampai 500mb. Sikit sangat oi 250mb tu.

I really hope that pihak One Xox boleh consider sikit la pasal ni. yang lain tu semuanya ok. Thank u sudi jengah! :)

0 orang bagi komen: