Wake up Call

6:56 AM Faz.M 0 Comments

بسم اااه الرحمن الر حيم..
Apabila kita buat keputusan untuk berniaga. Maka, kita harus bersiap sedia dari segi mental dan fizikal. Kenapa? Selain dari pelbagai cabaran dalam meneruskan perniagaan, perkara paling utama yang kita kena hadap adalah pelanggan aka customer.

Selama 5 tahun bekerja sendiri dah macam2 karenah customer yang aku hadap. Dari yang baik sampai boleh jadi kawan dan ada yang berlalu begitu saja. Perjalanan yang bukanlah mudah. Ya, kalau diukur dari segi peningkatan sejujurnya aku masih berada pada tahap yang sama. Bukan tidak mahu berjaya seperti usahawan muda yang lain. Cuma masa yang tepat untuk aku belum tiba. Harus terus berjalan dan bersyukur dengan apa yang ada. Alhamdulillah.

Aku bukanlah orang yang suka kongsi kepada umum segala macam karenah customer yang pernah aku jumpa. Cuma kali ini aku akan bercerita. Yes, aku admit kesalahan aku. Tapi, tak bermakna yang customer itu sentiasa betul. Dan untuk perbetulkan salah peniaga perlulah dengan cara yang betul. Bukan dengan cara condemn tak bertempat. Tapi, tegur dengan hikmah.

Ini adalah pertama kali aku berhadapan dengan karenah customer yang super cerewet nauzubillah. Dari hari pertama jumpa dah macam2 yang diminta. Aku ikutkan. Sehingga ianya selesai radio pun berbunyi. Aku ulang. Ia adalah salah aku.

Tapi, teguran yang aku terima betul2 buat aku down, tak fokus dan tak boleh buat keje. Sungguh. Ini benar2 dugaan berat untuk aku. Maka, adakah customer itu masih berada di tempat yang betul lagi?

Mungkin juga ini adalah teguran dari Allah pada aku agar tak selalu berada di tempat yang selesa. Selalu di puji buat aku lupa untuk perbaiki mana yang kurang. The good side of the cerewet customer. Itu adalah pengajaran yang aku dapat. But, I told them. Aku tak mampu puaskan hati semua orang. Ramai aje yang masih boleh terima hasil kerja aku. And I'm not perfect to satisfied every person that I met. But, at least I'm trying.

Pada aku, if customer yang cerewet ni memang cerewet sampai bila2 pun mereka akan begitu. Terus mencari apa yang kurang sampai tak nampak apa yang ada. Kesalahan aku takde la sampai tak nampak kejadian baju tu. Masih boleh diubah suai. Tapi, oleh sebab caranya mencari salah maka yang baik jadi hampir tiada.

Melalui beberapa yang sukar buat aku temui macam2 jawapan. Hari pertama Allah temukan aku dengan jawapan dari Surah at-Tawbah ayat yang terakhir 129.
"Cukuplah Allah bagiku dan hanya kepadaNya aku bertawakal."
Thats it. If you find Allah, Allah will give you the best answer and it is through quran. Alhamdulillah. :)

Seterusnya Ustaz Harun Din kongsikan adab untuk menegur. Boleh tegur. Tapi, harus pada tempat yang betul dan cara yang betul dan sopan. Jangan menegur hingga sampai memberi kesan negatif pada orang yang ditegur. Aku sangat setuju yang ini. Sebab kesan daripada ditegur itu aku rasa down gila sampai nak quit my job on the spot. That is exactly what I felt. Tapi, bila memikirkan ada banyak tugas aku yang belum selesai. Aku cuba untuk bangkit dan melupakan.

Mungkin di pihak dia segala macam rasa buruk ada pada aku. Tapi, aku terima saja. Ini adalah asam garam dunia perniagaan. Walaupun bisnes aku masih kecil. Tapi, aku harap ia adalah tanda untuk kejayaan aku di masa akan datang inshaallah. Memaafkan itu yang harus aku lakukan dan move on untuk hari2 mendatang. Semoga semua ini dapat buka mata aku untuk lebih menghargai dan beri yang terbaik. Inshaallah.

P/s: Entri panjang lebar untuk sendiri baca. :)

0 orang bagi komen: