Suatu keputusan

7:18 AM Faz.M 0 Comments

Bismillahirahmanirahim...
Bukan mudah untuk membuat sesuatu keputusan dalam hidup kita. Keputusan yang for sure akan mengubah hidup kau sehingga 360°. Seriously, its not easy. Aku pulak sejenis sebelum buat keputusan aku suka tanya pada orang lain dulu. Mintak pendapat walaupun kadang2 aku sendiri dah bulat hati dengan keputusan tu.

But, this time hati aku memang dah tak kukuh. Aku rapuh serapuhnya. Lemah dan tak kuat. Tapi, aku cuba berlagak tenang. Mungkin mudah bagi orang yang menyatakan ini dugaan dan kau kena amek in a positive way. Tolak segala yang negatif jauh2. Campak sejauh mana yang mungkin. Oleh kerana aku sudah rapuh. Aku tak mampu lagi untuk positif.

Aku cuba untuk bersangka baik pada Allah kerana mungkin ini hikmah agar aku kembali menurut apa yang dituntut. Bukan pada kehendak manusia itu sendiri semata2. Mungkin kerana itu aku diuji. Siapa tahu kan?

Sungguh, saat ni aku cuma ada satu penyelesaian. Hentikan sementara apa yang aku sedang lakukan. Kembali mencari diri. Mencari kekuatan untuk bangkit semula. Aku tahu. Dugaan ini sangat sedikit jika nak dibandingkan dengan apa yang bakal aku hadapi pada masa hadapan. Tapi,aku redo. Jika ini yang terbaik.

Moga Allah sentiasa memberi aku kekuatan untuk melaluinya. Amiin.

0 orang bagi komen: