Kaya

5:47 PM Faz.M 0 Comments

Masa dok scroll Instagram tetiba aku tanya kakak aku.

Kau rasa kenapa orang kaya tu jadi kaya?

Kenapa aku tanya soalan tu? Sebab dengan adanya instagram ramai orang suka berkongsi apa yang dorang ada. Lifestyle dorang cemane la biasanya. Ramai dan selalu jugak jumpa orang yang hidup senang, mewah dan cukup serba serbinya.

Sampaikan zaman sekarang orang sibuk kejar nak jadi kaya. Share segala macam tips untuk rezeki diberkati dan jadi kaya.

Persoalannya sekarang. Adakah menjadi kaya tu satu kemestian? Kalau hidup sederhana, tak pakai barang branded, tak travel sana sini, tak pakai kereta mewah tu salah ke?

Orang pun semakin teruja nak share kejayaan orang yang menjadi kaya. Aku sendiri pun pernah terpengaruh and wonder kenapa dorang kaya sangat.

Ok. Jawapan kakak aku adalah.
Sebab dorang usaha. Tengok la dia keje cemana sebab tu kaya.

Pada aku, dorang kaya sebab banyak keperluan dan tanggungan. Kaya sebab dorang pernah benar2 susah dan tiba masanya Allah beri kesenangan.

Bukan semua orang Allah takdirkan untuk menjadi kaya. Dorang kaya bersebab dan orang macam aku bersederhana pun bersebab. Itulah pentingnya kita bersyukur dengan apa yang kita ada.

Bila kita bersyukur, Allah cukupkan rezeki kita.
Tak salah pasang impian untuk jadi kaya. Aku pun nak. Sape tak nak jadi kaya kan? But then, Allah lebih tau baik buruknya setiap pilihan hidup yang ingin kita buat. Allah tahu apa yang terbaik untuk diri kita.

Kaya ke, sederhana ke, miskin ke. Yang membezakan kita disisi Allah adalah amalan kita. :)

0 orang bagi komen: